Sijil Profesional AWS & AI Kini Lebih Mudah, Cepat dan Berpatutan Dengan UMTSEA

1 day ago 9

Jika anda ingin membina kerjaya dalam bidang AWS Cloud atau Artificial Intelligence (AI), kini peluang untuk mendapatkan kemahiran dan sijil profesional bertaraf dunia terbuka luas. Melalui program terbaru oleh UMTSEA, anda bukan hanya belajar teori, tetapi juga diberi latihan praktikal yang relevan dengan pasaran kerja hari ini di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif UMTSEA, Erwina A. Ghafar, program ini hanya mengambil masa sekitar dua hari sahaja, dengan kos bermula serendah RM2,000. Tenaga pengajar pula terdiri daripada mereka yang berpengalaman dan pakar dalam bidang masing-masing. Sesiapa sahaja boleh menyertai program ini, sama ada pelajar, pekerja atau mereka yang sedang mencari peluang baharu untuk meningkatkan kemahiran.

Dalam pada itu, UMTSEA Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh UMT Holdings, telah menandatangani memorandum persefahaman dengan TAC Legacy Sdn. Bhd. untuk melaksanakan program ini. TAC Legacy akan bertanggungjawab menyediakan latihan melalui kerjasama dengan badan pensijilan antarabangsa termasuk Amazon Web Services (AWS), manakala UMTSEA akan menguruskan promosi, pengambilan peserta dan bekerjasama dengan pihak akademik serta industri.

Tambah Erwina lagi, program ini sejajar dengan usaha negara untuk melahirkan lebih ramai bakat digital yang berkemahiran tinggi. Beliau berkata pihaknya mahu memastikan rakyat Malaysia memiliki sijil profesional yang relevan dengan keperluan industri masa kini.

Pengarah TAC Legacy, Dato’ Sri Nor Ahmed Salih @ Anas Abdullah pula menyifatkan kerjasama ini sebagai langkah awal untuk mewujudkan ekosistem latihan yang kukuh dan berskala.

UMTSEA beroperasi di CP Tower, Petaling Jaya, sebuah lokasi yang strategik dan mudah diakses. Sijil yang diperoleh melalui program ini bukan sahaja meningkatkan nilai diri anda di mata majikan, tetapi juga membuka peluang untuk bersaing di peringkat global.

Kami di MURAI MY melihat ini sebagai satu peluang yang wajar direbut. Nantikan pengumuman rasmi daripada UMTSEA tidak lama lagi dan pastikan anda antara yang pertama untuk mendaftar.Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi: UMTSEA Sdn. Bhd., E-mel: [email protected] dan di talian : +6013-884 0430.

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |