Penyanyi terkenal Shila Amzah tampil dengan peringatan yang cukup mendalam apabila menasihati orang ramai agar berhati-hati dalam memberi sokongan kepada rakan kerana ia berisiko memakan diri sendiri.
Menurut Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, 34, memasuki usia 30-an menjadikan seseorang lebih kerap berdepan dengan pelbagai ragam kawan, khususnya yang sering dibelenggu masalah hubungan seperti kecurangan, keganasan rumah tangga, malah masalah hutang.

Katanya, keadaan itu sering kali membawa beban emosi kepada rakan lain yang cuba membantu, namun akhirnya sokongan yang diberikan bertukar menjadi salah faham. “Apabila masuk umur 30-an, kita akan jumpa kawan yang tidak pernah lepas daripada masalah cinta.
Ada curang, ada kena pukul, ada pula terbeban hutang. Akhirnya mereka datang menangis minta nasihat. Namun selepas puas kita menasihatkan, mereka kembali berbaik dan kita pula jadi salah. Kadang-kadang, sayang kawan pun perlu ada hadnya,” tulis Shila dalam satu perkongsian di Threads.
Tambah penyanyi Masih Aku Cinta itu, tidak semua rakan berbaloi untuk dikekalkan dalam hidup, apatah lagi apabila mereka memiliki perangai toksik yang hanya menjejaskan kestabilan mental orang lain. Disebabkan itu, Shila memilih untuk mengecilkan lingkaran sosialnya supaya lebih mudah menjaga ketenangan diri.

“Hujung-hujung mereka kata, ‘awak tahu tak si A suruh saya berpisah dengan awak.’ Hakikatnya memang ada kawan yang tidak berbaloi langsung untuk kita kekalkan dalam hidup.
Lebih baik kita jaga diri sendiri daripada membuang masa dengan orang yang asyik berdrama putus dan bersambung cinta tanpa kesudahan. Sebab itu bila usia meningkat, lebih baik kita kekalkan lingkaran kawan sekecil mungkin. Lingkungan kecil itu jauh lebih menenangkan fikiran,” ujarnya.

Perkongsian Shila itu segera mendapat perhatian netizen yang rata-rata bersetuju dengan pandangannya. Ramai mengakui pernah melalui situasi yang sama, malah ada yang memuji keterbukaannya berkongsi pengalaman peribadi sebagai pengajaran kepada orang lain.
Bagi peminatnya, Shila bukan sahaja seorang penyanyi berbakat besar, malah seorang figura yang berani menyuarakan realiti kehidupan yang sering dialami ramai tanpa berselindung.

2 months ago
79

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)


![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)