“Kalau saya boleh berdamai dengan masa lalu saya, kenapa ada antara kamu yang tidak boleh?”
Demikian luahan hati penuh emosi daripada pelakon Sherry Ibrahim yang meluahkan rasa kesal terhadap segelintir pihak yang masih mengungkit kisah silamnya. Menurut Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim, 42, tindakan itu hanya menambah kebencian serta menyakiti hati, selain tidak membawa sebarang manfaat kepada sesiapa.

Dalam perkongsian di Instagram, Sherry menegaskan bahawa status dirinya yang masih belum mendirikan rumah tangga tidak seharusnya dijadikan ukuran kebahagiaan hidup. Katanya, biarpun dia sudah lama berdamai dengan takdir, masih ada pihak yang sengaja mahu memburukkan keadaan dengan mengungkit cerita lama yang tidak diketahui hujung pangkal. “Semua orang ada masa lalu tetapi bukan alasan untuk dijadikan senjata. Jangan sakiti saya hanya untuk memuaskan rasa negatif. Kalau saya sendiri sudah reda, kenapa perlu ada yang menambah dosa?” katanya.

Pelakon drama Setia Hujung Nyawa itu turut berharap mereka yang sering melontarkan kebencian dapat membuka hati untuk menunjukkan empati, bukan terus menekan dengan kata-kata negatif. Menurutnya, dia menyerahkan sepenuhnya kepada Allah SWT dan percaya pada proses takdir meskipun mengakui hatinya penat dengan kecaman yang tidak berkesudahan.

Sherry bagaimanapun tidak mendedahkan punca sebenar yang membuatkan dirinya tampil meluahkan rasa hati, namun sempat merakamkan penghargaan kepada peminat yang masih setia menyokong perjalanan seninya. “Kepada semua yang terus menyokong saya dengan kasih sayang dan kebaikan, terima kasih. Saya sangat sayang dan hargai anda semua. Maaf kerana terlalu beremosi,” tulisnya lagi.

Sebelum ini, Sherry pernah memberi amaran untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang meninggalkan komen berbaur fitnah, termasuk tuduhan bahawa dia masih belum ‘move on’ daripada kisah percintaannya dengan aktor Fattah Amin. Tuduhan itu disifatkan Sherry sebagai rekaan semata-mata yang sengaja dicipta bagi menyemai kebencian terhadap dirinya.

Luahan terbarunya itu sekali lagi menjadi perhatian ramai, apabila jelas memperlihatkan betapa Sherry masih berdepan cabaran menguruskan tekanan akibat kecaman, walaupun sudah lama memilih untuk menerima masa lalu dan terus melangkah ke hadapan.

2 months ago
106

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)

![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)
