Throwback ke tahun 2008, di mana berlaku ketegangan antara Salman Khan dan Shah Rukh Khan (SRK) semasa parti hari jadi aktres Katrina Kaif. Disebabkan oleh insiden ketegangan itu, muncul beberapa spekulasi yang menjadi tajuk utama berita selama bertahun-tahun lamanya.
Siaran Reddit yang tular baru-baru ini telah menghidupkan semula insiden pertengkaran yang terkenal itu, apabila Salman didakwa telah menampar SRK gara-gara Aishwarya Rai.
Berdasarkan siaran tersebut, ketegangan dan pertengkaran itu berpunca daripada permintaan Salman, meminta SRK untuk melakukan cameo dalam filem ‘Mr. And Mrs. Khanna‘. SRK kemudiannya menolak permintaan itu dan ia telah menyinggung perasaan Salman, yang sebelum ini pernah membuat cameo untuk aktor itu.
Kemudian pergaduhan di antara mereka bermula apabila Salman mengkritik tentang rancangan realiti SRK iaitu ‘Kya Aap Paanchvi Pass Se Tez Hain?’, pertunjukan permainan pendidikan berdasarkan rancangan Amerika ‘Are You Smarter Than A 5th Grader?’. Tak membuang masa, SRK turut mengkritik rancangan Salman iaitu ‘10 Ka Dum‘, rancangan permainan realiti antarabangsa ‘Power of 10‘ versi India.
Salman membidas SRK tentang prestasi persembahannya menerusi “Television Rating Point”, dia mana dia mengatakan dia lebih bagus daripada aktor itu.
SRK kemudiannya membuat ulasan mengenai hubungan Salman dan Aishwarya Rai, di mana ia menjadi penyebab Salman menamparnya. Tidak tahan melihat kejadian itu, Gauri muncul dan meleraikan pergaduhan tersebut.
Ketegangan antara mereka akhirnya terlerai selepas keduanya berdamai dan berpelukan di majlis iftar Babab Siddique pada tahun 2013.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.