Sering Marah Di Khalayak Ramai, Jaya Bachchan Dedah Ini Sebabnya…

1 week ago 15

Jaya Bachchan tidak lagi asing dengan kontroversi. Isteri kepada Amitabh Bachchan ini kerap kali bergaduh dengan paparazi atau peminat di khalayak ramai.

Terkenal dengan sikap panas barannya, Jaya sering memarahi orang ramai terutamanya paparazi apabila mereka setiap kali melampau batas dengan keluarga atau tidak mempedulikan kata-katanya.

Pada tahun 2014, semasa muncul di sebuah rancangan realiti, Jaya dengan tegasnya menjawab dakwaan mengenai dia seorang panas baran dan cranky terhadap orang ramai.

Foto – Bollywood Life

Pelakon veteran itu menjelaskan dia tidak mempunyai kesabaran untuk perkara yang bodoh. Jika sesorang memberitahunya sesuatu yang dia boleh pelajari atau perbincangan yang membina, orang ramai akan merasakan dia seorang yang sangat cranky.

Jaya mengakui dirinya seorang yang sangat cerewet tetapi tak crancky, dan dia sangat marah jika seseorang itu membuang masa. Jaya juga tidak boleh bertolak ansur dengan kebodohan.

Foto – The Indian Express

Manakala anak perempuan Jaya, Shweta Bachchan pula mendedahkan ibunya tidak suka jika orang mengambil gambarnya tanpa bertanya terlebih dahulu. Bukan itu saja, Jaya juga cepat berasa sesak jika terlalu ramai orang berkumpul mengelilinginya.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |