Umum mengetahui Ucapan Penghargaan kepada rakyat oleh YAB Perdana Menteri pada 23 Julai telah mengumumkan bahawa warganegara dewasa berusia 18 tahun dan ke atas akan menerima RM100 yang boleh dibelanjakan mulai 31 Ogos 2025 hingga 31 Disember 2025 melalui MyKad di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Penerima Penghargaan SARA akan menerima barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) secara automatik melalui pengkreditan ke dalam MyKad penerima. Barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan boleh dibeli di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh neegara menggunakan MyKad.
Semak Kelayakan Bermula Hari Ini

Anda boleh mula membuat semakan status SARA untuk semua melalui pautan MyKasih bermula hari ini, 21 Ogos 2025. Anda hanya perlu memasukkan nombor MyKad ke ruangan yang tertera sepert dalam paparan di atas.
Seperti dimaklumkan, pengkreditan akan dimasukkan yang berkuat kuasa pada 31 Ogos 2025.
Tiada Sebarang Pendaftaran Atau Permohonan Perlu Dilakukan
Menerusi kenyataan Kementerian Kewangan hari ,memaklumkan bahawa setiap pemegang MyKad warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang lahir pada 2007 dan sebelum akan menerima bantuan tersebut, termasuklah penerima SARA sedia ada.
“Tiada pendaftaran atau permohonan perlu dibuat memandangkan kelayakan untuk Penghargaan SARA adalah secara automatik berdasarkan data pemegang MyKad Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).”-Kenyataan Kementerian Kewangan
Semakan Senarai Pasar Raya / Kedai Runcit Rakan Niaga SARA

Untuk mendapatkan bantuan ini, anda hanya perlu membawa MyKad ke pasar raya / kedai runcit terpilih di seluruh negara termasuklah Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.
Senarai pasar raya dan kedai runcit terlibat boleh disemak melalui portal rasmi SARA.
Kredit SARA boleh dibelanjakan di lebih 4,100 premis runcit yang melibatkan lebih 90,000 barangan keperluan dalam 14 kategori antaranya seperti beras, telur, kebersihan ruma, ubat-ubatan dan keperluan sekolah.

3 months ago
96

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)

![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)
