Selepas lebih satu dekad menjadi antara nama paling dikenali dalam dunia masakan digital Malaysia, Che Nom mengumumkan pengunduran dirinya daripada dunia influencer marketing.
Berita mengejutkan itu dikongsikan menerusi satu hantaran panjang di akaun Facebook miliknya, yang mengundang pelbagai reaksi daripada peminat setianya.
Bukan Sibuat Secara Tergesa-gesa
via Facebook Che NomMenurut Che Nom, keputusan ini bukanlah dibuat secara tergesa-gesa, sebaliknya hasil pertimbangan mendalam setelah menyedari perubahan ketara dalam landskap industri pencipta kandungan digital, khususnya dalam aspek kerjasama komersial bersama jenama.
Ramai ingat jadi influencer ni senang, tapi realitinya semakin lama semakin perit
Beliau menjelaskan bahawa industri kini dipenuhi ramai influencer baharu, menyebabkan persaingan harga yang agresif atau price war, sehingga menjejaskan kualiti kandungan.
Katanya lagi, kebanyakan tawaran bayaran tinggi kini datang daripada syarikat antarabangsa, namun tidak semuanya seiring dengan nilai peribadi atau prinsip yang beliau pegang.
Ada jenama yang dikaitkan dengan isu berat yang kita sendiri rasa tak sanggup nak sokong.
Memerlukan Pengalaman Dan Kemahiran Profesional
Selain itu, Che Nom turut meluahkan cabaran di sebalik penghasilan kandungan berbayar, daripada memenuhi kehendak klien, suntingan berulang kali, hingga tekanan mematuhi tarikh akhir.
Beliau menekankan bahawa menjadi pencipta kandungan profesional memerlukan pengalaman dan kemahiran kerja sebenar, bukan sekadar minat semata-mata.
Dalam hantaran sama, Che Nom turut menitipkan nasihat buat generasi muda yang ingin menceburi dunia kandungan digital.
Bina Asas Kukuh
via Facebook Che NomBeliau menasihati agar mereka membina asas yang kukuh terlebih dahulu dengan belajar dan bekerja dalam sistem yang mempunyai disiplin sebelum memilih kerjaya sebagai influencer.
Dunia influencer bukan jalan pintas cari duit.
Tanpa asas, ia boleh membebankan secara mental dan emosi.
Sebagai penutup, Che Nom mengumumkan bahawa beliau akan menyiarkan video terakhir bersama jenama satu jenama yang dianggap sebagai kerjasama bermakna dan penuh kenangan.
Beliau mengucapkan terima kasih atas sokongan ramai selama ini dan memohon doa agar fasa baharu hidupnya berjalan lancar.
Pengunduran Che Nom menjadi simbol refleksi terhadap realiti industri kandungan digital yang semakin mencabar dan juga pengiktirafan kepada kejujuran serta kecekalan yang beliau tunjukkan sepanjang kerjayanya.

3 months ago
85

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)



































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)
