Raja Muda Selangor, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menzahirkan doa agar masa depan Baginda bersama pasangan, Cik Afzaa Fadini Datuk Abdul Aziz, sentiasa indah dan dilindungi Allah SWT.
Tengku Amir Shah menerusi kenyataan yang dikongsi di laman media sosial, turut mendoakan agar dikurniakan sebuah keluarga yang kukuh dengan kasih sayang, percaya dan hormat menghormati.
“Sayang, Malam ni saya doa semoga masa depan kita sentiasa indah. Moga Allah lindungi kita, tunjukkan jalan yang baik dan penuh cahaya.
Saya juga doa kita nanti dikurniakan keluarga yang sihat, kuat, dan hubungan kita makin kukuh dengan kasih sayang, percaya dan hormat-menghormati.”-Titah Tengku Amir dalam hantaran itu
“Beta Merakamkan Setinggi-Tinggi Penghargaan Buat Seluruh Rakyat Selangor…”

Dalam pada itu, Raja Muda Selangor turut merakamkan penghargaan buat seluruh rakyat Selangor di atas doa yang telah dipanjatkan.
“Beta merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh Rakyat Selangor atas doa yang telah dipanjatkan.
Sesungguhnya beta amat bersyukur atas segala ingatan dan doa tulus ikhlas tersebut terutamanya melalui majlis-majlis doa selamat yang telah diadakan di seluruh negeri Selangor bersempena dengan Istiadat Perkahwinan beta dengan Cik Afzaa Fadini.”Titah Tengku Amir
Terdahulu, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Saharafuddin Idris Shah berkenan memaklumkan bahawa putera baginda, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Ibni Sultan Saharafuddin Idris Shah Alhaj, akan melangsungkan pernikahan dengan pasangannya, Cik Afzaa Fadini binti Dato’ Abdul Aziz pada 2 Oktober ini di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah di Klang.
Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, Istiadat Persandingan Diraja dan Majlis Diraja bagi memuliakan Istiadat Perkahwinan Diraja Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor akan diadakan di Balairung Seri dan Balai Santapan Diraja, Istana Alam Shah pada 22 Oktober 2025.

1 month ago
68

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)


![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)