Tiada angin tiada ribut, nama Salman Khan terpalit dengan kontorversi selepas mengumumkan rancangan Big Boss untuk musim ke 17. Kontroversi itu melibatkan bekas kekasih Salman, Somy Ali dan juga Sangeeta Bijlani.
Menurut dakwaan Somy, bekas tunang Salman iaitu Sangeeta Bijlani telah membatalkan perkahwinan mereka di saat akhir iaitu sebulan sebelum majlis perkahwinan berlangsung.
Pembatalan perkahwinan itu disebabkan oleh Salman berlaku curang terhadap Sangeeta dengan Somy Ali. Apa yang lebih menyedihkan Sangeeta, perbuatan curang itu diketahui apabila dia ‘menangkap’ Salman berada di apartment Somy.
“Kad kahwin telah dicetak, tetapi Sangeeta menangkap Salman di apartment saya. Apa yang Salman lakukan padanya, perkara yang sama berlaku pada saya. Ini dipanggil karma. Apabila saya besar dan matang, baru saya faham mengenainya.”- Somy.
Bagi kamu yang tak tahu, Salman sepatutnya berkahwin dengan Sangeeta pada tahun 1994. Mereka telah bertemu di set iklan TV dan mula menjalinkan hubungan pada tahun 1984.
Tidak mendiamkan diri, Salman turut memberi respons mengenai kontroversi kecurangannya itu. Ketika berada di Koffee With Karan, Salman mengakui bekas tunangnya itu telah menangkapnya bersama dengan Somy.
“Mereka fikir saya seorang teman lelaki baik tetapi sukar untuk bertolak ansur dengan saya sepanjang hayat mereka. Ya… Saya ditangkap. Saya bodoh.”
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.