Rumah Tangga Bergoyah, Justin & Hailey Bieber Akhirnya Pilih Untuk Bercerai?

1 day ago 6

Baru-baru ini muncul khabar angin yang mengatakan pasangan Hollywood, Justin Bieber dan Hailey Bieber sedang mengalami masalah rumah tangga dan berkemungkinan akan bercerai.

Khabar angin mengenai masalah rumah tangga pasangan ini semakin hangat diperkatakan selepas seorang pengguna TikTok mendakwa, dia telah menerima tips tentang pasangan itu.

Pengguna TikTok itu mendakwa pasangan itu telah membalas kiriman masing-masing menerusi Instagram Stories. Dia mengatakan Justin telah memuat naik kongsian yang menampilkan lagu Jacquees “B.E.D”. Lagu itu pula menampilkan maksud seseorang yang memilih nafsu dan keinginan berbanding cinta dalam perhubungan.

@sloanhooks

What’s going on between Justin and Hailey 🤯 #justinbeiber #haileybieber

♬ original sound – SLOAN

Kemudian Hailey pula membalas kiriman Justin dengan menggunakan lagu SZA “30 For 30”, di mana dia secara spesifiknya menggunakan lirik lagu “But if it’s f-ck me, then f-ck you

Pengguna TikTok itu turut berkongsi semula video Justin yang mengandungi ayat di mana “Co-parenting gagal”.

Foto – Billboard / The US Sun

Beberapa hari selepas itu, Justin sepertinya menolak dakwaan perceraian itu dengan berkongsikan beberapa gambarnya dengan Hailey yang cukup romantik!

Foto – Instagram

Ketika sambutan Tahun Baru, Justin turut memuat naik gambar isterinya yang berbikini sambil mengisytiharkan cintanya terhadap Hailey dengan kapsyen “Pergi ke mana-mana dengan awak BB. Selamat Tahun Baru”.

Sweet kan?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |