Tahun 2026 bakal dibuka dengan penuh bergaya apabila Republic Mokhmah Records menganjurkan konsert mega bertajuk Rockolusi Kuasa Dua, mempertemukan dua nama besar dalam arena muzik tanah air – Kristal X dan Azlan & The Typewriter.
Pembukaan Padu 2026 oleh Republic Mokhmah Records
Konsert yang akan berlangsung pada 1 Februari 2026 di Zepp Kuala Lumpur ini menjanjikan persembahan penuh tenaga dan nostalgia.
Republic Mokhmah Records menyifatkan penganjuran ini sebagai usaha mengembalikan semarak karya dua pemuzik prolifik ini yang masih kekal relevan dalam muzik tempatan.
Nostalgia, Kualiti & Energi Legenda
via OPR NetworkBagi peminat setia Kristal X, ini adalah peluang keemasan menyaksikan kembali lagu-lagu malar segar seperti Memburu Impian, Luahan Hati, Suatu Kenangan dan Seragam Hitam yang jarang dipersembahkan secara langsung.
Kristal X yang pernah mewarnai industri sejak remaja, tampil lebih matang dengan persembahan yang dijangka lebih ‘ganas’ dan energetik.
Sementara itu, Azlan, vokalis hebat dengan julat vokal tinggi yang pernah mencipta fenomena menerusi Jangan Khianati Aku, turut akan memukau penonton dengan karya-karya berkualiti lain yang pernah menaikkan namanya ke tahap legenda.
Tiket & Kesempatan Bertemu Ikon Muzik Secara Langsung
via OPR NetworkKonsert ini bukan sekadar hiburan, tetapi bukti bahawa pemuzik berkualiti tempatan harus terus diberi ruang dan sokongan.
Tiket telah mula dijual sejak 23 September bermula RM168 hingga ke pakej eksklusif Royal Box bernilai RM8,000 untuk 10 orang melalui laman ilassotickets.com.
Azlan turut menyatakan penghargaan kerana dapat berkongsi pentas bersama Kristal X, sambil mengajak semua peminat untuk keluar dan merasai sendiri kehangatan Rockolusi Kuasa Dua secara eksklusif.
Jangan lepaskan peluang melakar sejarah bersama Kristal X & Azlan & The Typewriter pada 1 Februari 2026 di Zepp Kuala Lumpur!

1 month ago
97

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)


![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)