Aisha Retno kini melangkah ke satu fasa baru dalam kerjayanya dengan pelancaran album studio pertama bertajuk [Re.Hab].
Album Pertama, Langkah Penuh Warna
via Asraf AidedDalam fasa pertama ini, lima lagu telah pun dilancarkan secara digital – Tak Adil, Jeda, O.R.B.I.T, Lengkapilah Kita (Missing Peace) dan Titik Temu (berduet dengan Megat Fazly).
Masing-masing tampil dengan gaya berbeza, daripada pop rock, pop etnik hinggalah ke balada emosi, menunjukkan kepelbagaian genre dan kekuatan vokal Aisha yang semakin matang.
Lagu Tak Adil sebelum ini sudah mendapat sambutan hangat dan kini Jeda pula mencuri perhatian dengan mesej mendalam dan visual muzik video yang penuh berseni.
Menurut Aisha, perkataan “jeda” sendiri membawa maksud berhenti seketika – sangat selari dengan tema album [Re.Hab] yang berkisar tentang proses penyembuhan diri.
Kisah Peribadi Jadi Inspirasi Lagu
via Asraf AidedAisha mengakui, kebanyakan lagu dalam album ini diinspirasikan daripada pengalaman hidupnya sendiri.
Lagu Jeda misalnya, menggambarkan dirinya yang sedang ‘berehat’ daripada dunia percintaan untuk fokus kepada kerjaya.
Dengan penggunaan metafora “srikandi dan arjuna”, lagu ini membawa kisah seorang wanita yang tidak lagi mudah dipujuk dengan janji manis.
Lagu-lagu lain juga membawa cerita yang rapat dengan hati – O.R.B.I.T tentang rasa seperti bermimpi ketika jatuh cinta, Missing Peace tentang keinginan untuk melengkapi hidup seseorang, manakala Titik Temu menyentuh rasa ragu dan harapan tentang cinta yang mungkin datang semula.
Usaha Gigih & Sentuhan Keluarga
via Asraf AidedAlbum [Re.Hab] bukan hanya simbol kejayaan Aisha, tapi juga hasil kerja kerasnya bersama adik sendiri, Radi.
Mereka berdua terlibat secara langsung dalam penulisan, produksi, dan rakaman lagu.
Malah, mereka menggunakan studio sendiri di rumah, menjadikan proses lebih efisien dan peribadi.
Walaupun menelan belanja besar, Aisha tetap puas kerana inilah impiannya sejak awal. Album ini bukan sekadar koleksi lagu, tetapi satu bentuk luahan diri, kisah hidup, dan proses pemulihan emosi yang dikongsi bersama pendengar.

2 months ago
101

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)


![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)