Pelakon, Raja Atiq meluahkan rasa kesal terhadap sikap salah seorang pihak produksi selepas dirinya memohon pekerjaan sebagai watak utama ataupun sokongan, baru-baru ini.
Raja Atiq, menerusi hantaran di Thread dilihat memuatnaik tangkap layar perbualannya bersama seorang individu yang dikenali sebagai ‘Production Manager.
Walaubagaimanapun, individu terlibat mempersoalkan siapakah gerangan pelakon berusia 25 tahun ini selain mempersoalkan tindakan Raja Atiq yang memohon watak sokongan.
“Saya terpaksa save nama ‘Production Manager’ atau siapa sekalipun untuk tutup namanya.
At first saya tanya baik-baik, ‘Assalamualaikum, maaf ganggu, sihat ke?. Kalau ada apa-apa supporting atau hero yang diperlukan untuk shooting, akak WhatsApp la saya ye, InsyaAllah saya akan Commit yang terbaik, sekarang saya tengah free, boleh la kalau nak shoot’.
Adakah ini kurang ajar wahai production manager? Takkan disebabkan saya tertypo ‘akak’, abang terasa?.
Kalau ye pun hina saya bang, jawab salam kan wajib, 3 kali salam saya beri salam bang, adakah saya silap abang ada agama lain?. Saya mohon maaf kalau silap, tapi macam Melayu saya call haritu.”-kongsi Raja Atiq di Thread

“Sungguh Biadab Ya Ayat Dia…”
Perkongsian pelakon drama Nur ini mencetuskan pelbagai reaksi netizen di ruangan komen, malah ada yang berpendapat pihak produksi tersebut sebagai ‘kekwat’.
“Kalau dia ni tak payah la Tiq, menyesal nanti.”
“Kekwat production manager.”
“PM memang ramai yang kekwat.”
“Dia tak save number you kot plus text-text yang sebelum ni mungkin dia dah delete. Eh bukan nak backup sebab tak jawab salam tu tau.”
“Sungguh biadap ya ayat dia. Dah ada lesen syurga ke sampai hina orang? Walhal kamu tanya elok-elok dan beradab sampai kat dia macam dia teraniaya.”
“Kalau tak save number pun boleh je balas ‘Waalaikumussalam, ni siapa ya? Maaf saya tak save number phone’. Habis cerita. Tak perlulah reply biadab macam tu.”
Apa komen anda?

2 months ago
113

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)


![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)