Macam biasa, setiap kali hujung bulan atau baru masuk gaji, mesti ada kejutan yang menanti! Minggu ni, Shopee ada sesuatu yang menggembirakan. Bukan sale biasa-biasa, Shopee 7.7 Jualan Tengah Tahun berlangsung dari sekarang sampai 9 Julai. Nama pun dah cukup buat hati berdebar nak tengok apa yang best!
Murai sendiri pun asalnya cuma scroll-scroll nak cuci mata. Tapi makin lama scroll, makin banyak benda yang rasa berbaloi nak beli.
Free Shipping Tanpa Minimum Spend: Benda Paling Sedap Hati
Dulu kalau beli barang bawah RM5, shipping boleh jadi lagi mahal dari barang tu sendiri. Itu yang selalu buat orang tangguh beli. Tapi kali ni, Shopee bagi penghantaran percuma tanpa minimum spend. Tak payah tunggu hujung minggu, tak payah tunggu code khas. Beli satu barang pun tetap free shipping. Rasanya ramai yang dah start buat ‘small-small checkout’ setiap hari.
Diskaun Harian 50% Shopee Lagi Murah – Dari Barang Rumah Sampai Skincare
Yang buat Murai lagi tergoda, setiap hari memang ada diskaun 50 peratus Shopee Lagi Murah. Bukan untuk satu dua kategori je. Dari baju, barang dapur, peralatan rumah, skincare, sampai groceries semua ada dalam senarai Shopee Lagi Murah. Setiap hari buka apps, mesti ada benda baru masuk promo.
Lagi satu yang best, boleh stack baucar Shopee dengan baucar kedai. Checkout sekali terus nampak jumlah penjimatan yang boleh buat senyum panjang. Untuk yang suka self-care pula, Beauty & Fashion Deals setiap hari tengah hari pun tengah rancak dengan potongan harga besar-besaran.
Shopee Lagi Cepat, Barang Sampai Esok Kalau Checkout Awal
Zaman tunggu parcel berminggu-minggu nampaknya dah berakhir. Sekarang ni, Shopee dah ada Lagi Cepat Guaranteed Next-Day Delivery. Syaratnya senang je, asal checkout sebelum jam 12 tengah hari dan pilih produk yang ada tag “Lagi Cepat”, barang yang dibeli boleh sampai seawal esok hari. Tertakluk kepada terma dan syarat dan hanya untuk produk terpilih sahaja. Murai sempat try untuk barang keperluan rumah, dan betul, esoknya rider dah call suruh ambil barang dekat lobby.
7 Julai, 9 Malam: Malam Penuh Hiburan, Bukan Sekadar Shopping
Yang paling Murai tunggu sebenarnya bukan barang dalam cart, tapi malam 7 Julai nanti. Shopee akan buat Shopee 7.7 Super Showdown, Siapa Paling Best? secara langsung di Shopee Live dan TV3 .
Barisan artis pun meriah. Ada Janna Nick, Sherry Alhadad, Atu, Aya, Ajak, Sufian Suhaimi, Aziz Harun, Nadeera, Sarah Suhairi dan Mak Kiah Ferry. Dengar cerita, selain persembahan hebat dan sketsa lawak, korang juga berpeluang untuk menang Syiling Shopee sehingga 7 juta dan baucar Istimewa untuk anda yang hanya ada sepanjang rancangan bersiaran sahaja.
Murai rasa malam tu confirm ramai yang akan standby depan TV atau tengok Shopee Live sambil pegang phone.
Lagi Banyak Scroll, Lagi Banyak Jimat
Murai perasan, Shopee memang pandai susun jadual promo. Ada yang khas untuk waktu lunch macam Beauty & Fashion Deals jam 12 tengah hari, ada juga yang untuk geng berjaga malam, Voucher Drops dari 8 malam sampai tengah malam pada 6 Julai. Setiap jam ada baucar baru keluar, memang kena pantas kalau tak nak terlepas.
Yang suka makan-makan pun ada berita baik. Sepanjang sale ni, e-voucher makanan dengan diskaun sampai 77 peratus pun tengah berjalan. Dari Pizza Hut sampai ZUS Coffee, memang banyak pilihan.
Poket Goyang Tapi Hati Puas
Siapa kata hujung bulan tak boleh shopping? Inilah peluang paling bijak untuk topup stok rumah, reward diri sendiri atau grab barang keperluan, semua dengan tawaran yang memang buat senyum sampai ke hujung bulan!
Murai nak ajak korang semua yang. Kalau dah lama usha wishlist, inilah masa yang paling sesuai nak checkout dengan hati yang lebih tenang.
Macam Murai selalu cakap, Shopee Lagi Murah, Lagi Cepat.
Info lanjut: DISINI