Seronok! RM15 Juta Untuk Dapur Siswa MADANI, Mahasiswa Tak Perlu Ikat Perut Lagi

2 days ago 11

Isu pelajar ikat perut bukan lagi sekadar cerita senyap-senyap di kampus. Terbaharu, Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan RM15 juta khas bagi pelaksanaan inisiatif Dapur Siswa MADANI, sekali gus mencuri perhatian ramai, khususnya golongan mahasiswa.

Pengumuman itu dibuat semasa Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) bersempena Perutusan Tahun Baharu 2026 di Putrajaya, dan nyata disambut baik sebagai langkah ‘real talk’ kerajaan terhadap kebajikan pelajar.

Menurut Anwar, dana tersebut disalurkan daripada lebihan peruntukan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) tahun lalu yang tidak digunakan sepenuhnya.

“Tahun lalu, SARA memanfaatkan 96 peratus atau RM2.1 bilion. Yang tidak berbelanja ada RM150 juta dan kita akan agihkan ia untuk tujuan tertentu. Atas rayuan Menteri KPT, sebanyak RM15 juta akan disalurkan kepada bank makanan ‘Dapur Siswa’,” katanya.

Via instagram/ Kementerian Pendidikan Tinggi

Dapur Siswa Diperluas, Isu ‘Tak Cukup Makan’ Bukan Lagi Rahsia

Sekadar info tambahan, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah memperkenalkan program Dapur Siswa MADANI sebelum ini dan kini ia diperluaskan ke seluruh Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di negara ini.

Inisiatif tersebut bertujuan membantu pelajar yang berdepan kekangan kewangan, terutama dalam soal makanan harian. Inisiatif Dapur Siswa memberi fokus kepada penyediaan makanan percuma serta bantuan makanan di kampus, sekali gus menjadi ‘penyelamat perut’ buat mahasiswa yang berdepan kekangan kewangan. Isu yang sering dianggap kecil, tetapi sebenarnya memberi kesan besar kepada prestasi dan kesejahteraan pelajar.

Bukan sekadar bank makanan, Dapur Siswa dilihat sebagai ‘lifeline’ buat mahasiswa yang bergelut dengan kos sara hidup yang semakin mencanak naik. Rata-rata masyarakat menyifatkan langkah ini sebagai inisiatif yang ‘kena dengan realiti’, bukan sekadar janji atas kertas.

KPT Hargai Keprihatinan Kerajaan

Dalam masa sama, (KPT) turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri atas keprihatinan kerajaan MADANI dalam memastikan kebajikan mahasiswa terus terbela dan tiada pelajar tercicir daripada mendapatkan keperluan asas.

Pendek kata, bila perut terisi, barulah minda boleh fokus dan bagi ramai pelajar, inisiatif ini bukan sekadar bantuan tapi tanda mereka tidak dilupakan.

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |