Adam Shahz 7 Bulan Tiada Tawaran Berlakon, Persoal Rakan Mahu Pinjam Wang-“Apa Yang Dia Nampak Kat Aku..”

1 day ago 8

Pelakon, Adam Shahz mempersoalkan tindakan salah seorang rakannya yang difahamkan seorang pelakon mahu meminjam wang daripadanya, baru-baru ini.

Kongsi Adam Shahz atau Nor Shah Azli Abdol Ghani menerusi hantaran di Threads, berkongsi perbualannya bersama salah seorang rakannya yang membuat panggilan mahu meminjam wang kepadanya yang sudah hampir tujuh bulan tiada sebarang tawaran penggambaran.

“Apa yang dia nampak kat aku ni ya? Ke aku salah bagitahu, dia ingat aku baru 7 jam lepas shooting.”-kongsi Adam Shahz di Threads

Pelbagai Reaksi Netizen

Perkongsian Adam mencetuskan pelbagai reaksi netizen terhadap tindakan rakannya yang mahu meminjam wang, malah ada yang berpendapat pelakon tersebut tidak mempunyai sikap ‘common sense’ atau akal budi terhadap orang lain.

“Dia tak mahu tahu masalah orang, dia cuma fikir masalah dia je. Dia abaikan 7 bulan tu. Matlamat dia nak dapatkan 1k, selain dari itu adalah gangguan dan perlu dihapuskan 😂🤣.”

“Aku surirumah. Tapi banyak kali orang nak pinjam duit daripada aku. Masalahnya yang nak pinjam tu bekerja. Dia ada duit keluar masuk tiap-tiap bulan. Lagi nak pinjam daripada aku. Pelik betul.”

“Orang macam ni takde common sense. Same as person yang dia tengok story update kita tengah sedih-sedih, ada masalah, dia boleh pergi reply dekat story kita minta pinjam duit. Like seriously? Story orang tu tengah gundah, tengah bermasalah, kau reply minta duit?.”

“Dia tak paham/ buat-buat tak paham bahasa kiasan. Cakap tegak je bang jangan cover-cover. Bagi pengor sikit muka dia.”

Apa komen anda?

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |