Setelah mencatatkan kejayaan besar dengan lebih 50,000 pakej terjual untuk pengalaman bertema anime sebelum ini, Acolab kini memperkenalkan pengalaman imersif terbaru: The Solo Leveling Experience!
Pengalaman Yang Tidak Pernah Ditawarkan
Peminat webtoon Korea yang kini diadaptasi menjadi anime ini akan dapat meneroka dunia Hunter yang menakjubkan, dan merasai pengalaman unik yang tidak pernah ditawarkan di Malaysia.
Acara yang pertama seumpamanya ini akan berlangsung dari 11 Januari hingga 11 Mac 2025, di mana Acolab akan berubah menjadi portal dinamik yang membawa pengunjung ke alam semesta Solo Leveling.
Dalam pengalaman ini, pengunjung akan dapat menikmati pelbagai aktiviti bertemakan dunia dungeon, raksasa, dan perjalanan epik Sung Jin Woo.
Pelbagai Aktiviti Menarik
Antara tarikan utama Solo Leveling Experience termasuk:
- Menu Bertema
Nikmati hidangan dan minuman kreatif yang diinspirasikan oleh watak dan momen ikonik dari Solo Leveling. Setiap sajian membawa pengunjung lebih dekat dengan dunia anime ini, menjadikan setiap gigitan pengalaman yang memuaskan. - Zon Foto Imersif
Masuki Zon Foto Imersif dan abadikan kenangan dengan bergambar bersama Sung Jin Woo atau bos dungeon yang ganas, serta latar belakang pertempuran epik yang pasti menghidupkan semula aksi mendebarkan dari siri ini. - Kedai Merchandise Rasmi
Terokai kedai merchandise Solo Leveling terbesar di Malaysia dengan lebih 150 item eksklusif, termasuk koleksi edisi terhad dan aksesori bertemakan watak. Ini adalah peluang langka untuk mendapatkan barang-barang yang hanya terdapat di acara ini.
PAKEJ DAN HARGA:
- PAKEJ RM25: Minuman bertema, kad cenderamata, lencana, dan tiket Zon Foto.
- PAKEJ RM50: Hidangan utama bertema, kad polaroid transparent, pas diskaun, dan tiket Zon Foto.
- PAKEJ RM80: Set makanan bertema (hidangan utama, minuman, pencuci mulut), kad cenderamata, lencana, kad polaroid transparent, pas diskaun, dan tiket Zon Foto.
Tiket mula dijual pada 23 Disember 2024 melalui Ticket2U. Jangan ketinggalan peluang untuk menyertai pengembaraan epik ini!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.