Penampilan isteri kepada Bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz iaitu Datin Seri Haflin Saiful mengundang pelbagai reaksi netizen selepas dilihat menghadiri pertunjukan fesyen, Kuala Lumpur Fesyen Week (KLFW) 2025 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Haflin yang juga bekas ibu mertua kepada pelakon, Nora Danish menerusi hantaran di Instagram dilihat menggayakan Songket sebagai ‘mini skirt’ di acara fesyen yang menggabungkan kebudayaan Mak Yong dan Songket.
“Menghadiri KL Fashion Week untuk Zachrin Jaafar. Tahniah kerana menyokong Songket dan Mak Yong, kedua-dua warisan budaya UNESCO di persada fesyen.”-kongsi Haflin Nazri Aziz di Instagram
Undang Pelbagai Reaksi Netizen!

Penampilan Haflin mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial, malah ada yang berpendapat busananya itu umpama pakaian menyelam.
“Betul lah istilah ‘money can’t buy class’ tu wujud.”
“Set samping laki dia ke yang dia pakai 😅.”
“Adui baju dia, segan nengok ni.”
“Macam nak bertanding silat je, pakai sampin pendek macam tu.”
“Datin balik snorkeling ke.”
“Kalau pakai kebaya lagi cantik kan.”
“Busana tak melambangkan seorang Datin.”
“Bukan nak dengki, tapi pakaian dia macam nak pergi menyelam je.”
“Nak kekalkan tradisi kemelayuan pun payah. Bukan minta banyak pun, hanya kekalkan. Tapi lebih merosakkan, ramai lah. Konon pesen & maju. Maju opah dia.”
“Pakai baju renang je, jimat.”
Di sebalik kritikan, ramai yang memuji kecantikan ibu tiri kepada Nedim Nazri Aziz ini.
Terdahulu, nama Haflin dan Nedim menjadi bualan ramai selepas Nedim mempersoalkan isu penggunaan gelaran Datin Seri yang sering digunakannya itu sehingga mendapat perhatian Datuk Seri nazri Aziz yang menyifatkan isterinya telah menjadi mangsa buli siber oleh anak lelakinya sendiri.
Apa komen anda?

3 months ago
129

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)



































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)
