Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, lahir pada 10 Julai 1925 di Alor Setar, Kedah, ialah salah seorang tokoh politik paling berpengaruh di Malaysia. Beliau berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia selama dua penggal, iaitu dari 1981 hingga 2003 dan sekali lagi dari 2018 hingga 2020, menjadikannya perdana menteri tertua di dunia pada usia 92 tahun.
Seorang doktor perubatan sebelum terjun ke politik, Mahathir terkenal dengan pendekatan tegas dan visinya untuk memodenkan Malaysia melalui dasar-dasar seperti Wawasan 2020. Beliau memainkan peranan besar dalam pembangunan ekonomi Malaysia, termasuk projek mega seperti Menara Kembar Petronas dan Litar Sepang.
Walaupun kontroversi sering mengiringi kerjayanya, termasuk kritikan terhadap gaya pemerintahannya, Mahathir kekal sebagai ikon nasional yang disegani kerana keberanian dan komitmen terhadap kemajuan negara.

“Tak Sangka Pelajar Jepun Generasi Sekarang Kenal Tun Mahathir”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @karibmudin yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 2.8 juta, tanda suka sebanyak 274 ribu dan sebanyak 4,948 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan sekumpulan pelajar sekolah Jepun yang menyapa dan bersalaman dengan Tun Dr Mahathir.
@karibmudinPelajar sekolah di jepun terserempak Tun sewaktu berhenti rehat di hentian R&R. #japan #tunmahathir #mahathir #tun #mahathirmohamad #tunm
♬ original sound – Founder Misi – Founder Misi
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa mereka sangat terharu apabila masih ada orang muda yang mengenali Tun Mahathir.
“masa zaman Tun, jepun banyak masuk Malaysia melabur di sini”
“Tun M memang sangat terkenal di Jepun”
“Rakyat Malaysia ni beruntung tapi kita je yang tak sedar”
“Gen z di Jepun pun kenal Tun Dr Mahathir”
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

3 months ago
124

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)



































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)
