Konsert Panggung Purnama anjuran UdaraLaskhar semakin hangat diperkatakan apabila dua pengumuman terbaharu line up artis berjaya menggamit perhatian ramai.
Gabungan Unik Tiga Pemuzik Hebat
Menampilkan gabungan unik tiga pemuzik hebat — Pamungkas, Fugo, dan Bilal Indrajaya — konsert ini bakal berlangsung pada 28 September 2025 di Zepp Kuala Lumpur, menjanjikan pengalaman muzik yang intim dan luar biasa.
Penyanyi dan penulis lagu terkenal dari Indonesia, Pamungkas, akan hadir dengan persembahan solo menerusi lagu-lagu popularnya seperti “To The Bone”, yang begitu dikenali di seluruh rantau ini.
Turut serta ialah kumpulan muzik tempatan yang sedang meningkat naik, Fugo, dikenali menerusi lagu “As Long As We Stay” dan “Lagu Balada Kala Hujan”.
Berkonsepkan Panggung Purnama
via OPR NetworkBersama mereka ialah penyanyi bersuara lunak dan berkarisma, Bilal Indrajaya, yang sudah pun diumumkan sebagai barisan awal konsert ini.
Menurut wakil penganjur, John Labu dari UdaraLaskhar, pemilihan ketiga-tiga artis ini dibuat dengan teliti berdasarkan konsep Panggung Purnama yang dirancang sejak sekian lama.
Tambah beliau, konsert ini bakal menjadi penampilan sulung Pamungkas dan Fugo dalam satu pentas eksklusif bersama Bilal Indrajaya, memenuhi impian ramai peminat yang mahu menyaksikan mereka secara langsung.
Sesuatu Yang Sukar Dilepaskan
via OPR NetworkKombinasi gaya flamboyant Pamungkas, muzik santai Fugo dan aura puitis Bilal Indrajaya dilihat sebagai ramuan istimewa yang menjadikan Panggung Purnama 2025 konsert yang sukar untuk dilepaskan.
UdaraLaskhar memberi jaminan bahawa konsert ini bakal membawa pengalaman yang berbeza berbanding mana-mana persembahan terdahulu.
Tiket untuk menyaksikan malam penuh magis ini kini boleh didapati menerusi laman web rasmi www.ilassotickets.com, dengan lima kategori ditawarkan:
Purnama – RM399
Awan – RM249
Bumi – RM239
Langit – RM199
Bintang – RM179
Jangan lepaskan peluang menjadi sebahagian daripada malam istimewa ini.
Kehadiran anda ke Panggung Purnama ibarat menerima lamaran muzik dari hati tiga pemuzik hebat yang pasti meninggalkan kesan mendalam.

3 months ago
143

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)



































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)
