Tampil bersuara selepas anak perempuannya, Putri Dahlia, terpalit kontroversi kerana membuka hijab, Datuk Nora Ariffin menegaskan dirinya sentiasa memberikan nasihat terbaik kepada semua anak-anak tanpa jemu. Menerusi satu hantaran di Instagram Story, penyanyi bersuara lantang itu meluahkan bahawa sebagai seorang ibu, dia tidak pernah berhenti berdoa agar permata hatinya sentiasa berada di landasan yang benar.

“Bismillah… Hidayah itu milik Allah SWT. Sebagai ibu, saya sentiasa memberikan nasihat yang baik-baik dan tidak pernah putus berdoa memohon segala kebaikan untuk anak-anak. Allah saja yang tahu apa yang kami lalui. Buat masa ini saya hanya mampu berdoa kepada Allah SWT agar mereka diberikan hidayah serta pedoman untuk kembali ke pangkat jalan,” luah penyanyi lagu malar segar Di Persimpangan Dilema itu.

Kenyataan Nora hadir selepas penampilan Putri Dahlia pada Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-24 di Arena of Stars, Genting Highlands baru-baru ini mencetuskan perdebatan hangat apabila dia dilihat tanpa tudung. Keputusan penyanyi muda itu nyata mengejutkan ramai kerana sebelum ini dirinya dikenali dengan imej berhijab.
Mengulas tindakannya, Putri Dahlia menjelaskan keputusan membuka hijab adalah atas pilihan peribadi dan bukan untuk mencetuskan sebarang kontroversi. Malah, menurutnya, keluarga termasuk ibunya tetap memberikan sokongan serta menghormati keputusannya itu. “Mereka memuji penampilan baharu saya dan mengatakan saya kelihatan cantik,” jelasnya.

Lebih mengejutkan, penyanyi lagu Old Love itu turut merancang menukar nama pentasnya kepada hanya “Dahlia” kerana merasakan nama “Putri” terlalu sinonim dengan imej Islamik. Perubahan tersebut, katanya, lebih menggambarkan dirinya sekarang.

Kontroversi ini nyata mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Namun, Nora memilih untuk tidak mengulas lebih lanjut sebaliknya menyerahkan segala-galanya kepada Allah, sambil terus berpegang pada doa dan harapan agar anak-anaknya mendapat hidayah.

2 months ago
77

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)


![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)