Sempena musim perayaan ini, Spritzer EcoPark mengundang semua pengunjung dari pelbagai peringkat umur untuk merasai keajaiban musim sejuk di kawasan tropika melalui acara tahunan yang dinanti-nantikan, Festive Wonder Carnival 2024.
Berlangsung Setiap Hari
Karnival yang berlangsung setiap hari dari jam 10:00 pagi hingga 12:00 tengah malam sehingga 5 Januari 2025 ini menjanjikan pengalaman luar biasa, termasuk tarikan utama iaitu sesi hujan salji yang unik, memberikan pengalaman musim sejuk di tengah-tengah iklim tropika.
Selain sesi hujan salji, pelbagai aktiviti menarik turut disediakan untuk keseronokan semua. Bagi mereka yang sukakan cabaran, LED Paddle Kart dan Mini Golf 18 lubang adalah pilihan terbaik.
Pengunjung yang ingin mengasah kreativiti boleh menyertai aktiviti DIY dan kraf tangan, manakala keluarga dengan anak-anak boleh mencuba pelbagai permainan mini dengan hadiah-hadiah menarik.
Kemasukan Percuma
Kemasukan ke Spritzer EcoPark dan sesi hujan salji adalah percuma, manakala aktiviti lain dikenakan caj nominal yang berpatutan.
Selain itu, pengunjung juga boleh menikmati pelbagai pilihan makanan dan minuman di tapak karnival atau di STG Café yang menyajikan hidangan Eropah-Asia.
Antara menu istimewa sempena musim perayaan adalah Ayam Panggang Bersalut Madu. Lebih menarik, pengunjung berpeluang mendapatkan produk Spritzer pada harga promosi istimewa yang hanya ditawarkan sepanjang karnival ini.
Pelbagai Lagi Keindahan
Menurut Ketua Perhubungan Awam Spritzer, Winnie Chin, Festive Wonder Carnival 2024 adalah platform untuk merayakan semangat perayaan, keriangan, dan kebersamaan.
Selain daripada acara karnival, Spritzer EcoPark yang terletak di Taiping juga menawarkan keindahan alam semula jadi dan tempat-tempat menarik seperti Tree Tag Walkabout dan Cactus Rock.
Jangan lepaskan peluang untuk mencipta kenangan indah bersama keluarga di Spritzer EcoPark.