Terheret dalam kes amang seksual yang masih dalam perbicaraan mahkamah, penyanyi dan pelakon, Naim Daniel tetap memilih untuk bersyukur apabila masih diberikan ruang untuk terus berkarya. Meskipun mengakui beberapa peluangnya musnah gara-gara kontroversi yang melanda, Naim atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin, 28, percaya setiap ujian hadir sebagai satu proses mendewasakan diri.

“Ini bukan perjalanan mudah. Sudah tentu ada beberapa peluang yang saya terlepas. Tapi saya percaya setiap ujian hadir untuk mendewasakan saya. Hidup mesti diteruskan. Jadi, saya sibukkan diri dengan perkara yang berfaedah,” katanya ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Sesyen.
Naim berkata fokusnya kini terarah kepada penghasilan lagu serta memenuhi jemputan persembahan yang masih diterima. “Alhamdulillah, saya masih menerima tawaran persembahan, namun lebih berhati-hati dalam memilih. Buat masa ini, mahu beri tumpuan penuh terhadap penulisan kerana itu saluran terbaik untuk saya berkarya. Menghasilkan lagu adalah tanggungjawab saya sebagai anak seni,” ujarnya.
Selain memberi perhatian terhadap kerjaya muzik, Naim turut memastikan dirinya sentiasa aktif, dikelilingi keluarga dan rakan-rakan rapat serta menjaga kesihatan fizikal dan mental. “Kalau diri sendiri tidak sihat, bagaimana saya mahu jalani hari dengan baik? Cukup tidur, fokus dan kekalkan inspirasi dalam penulisan lagu,” tambahnya.

Hari ini, mahkamah menetapkan 15, 16 dan 18 Disember depan sebagai tarikh perbicaraan kes berkenaan. Peguam yang mewakili Naim, iaitu Amirul Ridzuan Hanif, Mohd. Irwan Sumadi dan Nur Syafiah Athirah Ahmad Shafique, memaklumkan akan mengemukakan permohonan bantahan terhadap cadangan pihak pendakwaan untuk menjalankan perbicaraan secara ‘video link’.
Terdahulu, Naim didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor, pada pukul 8.56 malam, 19 Mei lalu. Pertuduhan dibacakan pada 17 Jun dan Naim mengaku tidak bersalah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan. Mahkamah sebelum ini membenarkan Naim diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin, selain syarat menyerahkan pasport dan tidak mengganggu saksi pendakwaan.
Sebelum pertuduhan difailkan, selebriti itu ditahan pada 3 Jun lalu selepas disyaki melakukan kesalahan terbabit, namun dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya diambil.

Walaupun berdepan risiko besar yang boleh menggugat karier dan masa depannya, Naim menegaskan bahawa dia akan terus berpegang kepada semangat untuk berkarya sambil menanti keputusan mahkamah yang bakal menentukan nasibnya.

2 months ago
99

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)


![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)