Kerajaan sekali lagi mahu bagi lesen motor B2 secara free-free untuk geng B40 dan tanggungan. Yes, Program MyLesen B2 2025 ini JPJ & MOT sponsor habis dari kelas sampai ujian. Cuma kalau mahu isi minyak, makan maggi atau bayar Grab untuk pergi pusat latihan, itu kena tanggung sendiri lah. Pendaftaran buka Februari – Oktober 2025 atau sampai kuota habis. Semua detail legit ada kat laman JPJ.
Syarat dia simple, warganegara Malaysia, umur 16–35, sihat tubuh badan, tak ada lesen lagi, tak kena blacklist, dan memang kategori B40. Tahun ini ada 10,000 slot fasa kedua, tapi setiap negeri punya quota berbeza. Contoh, Pulau Pinang dapat 650 je, Perlis 500, Kelantan, Perak, Sabah, Pahang & Negeri Sembilan pun sudah umum slot masing-masing. So, siapa cepat dia dapat.

Kalau kalian terpilih, kena lalui perjalanan jadi rider sah: kursus teori 6 jam, ujian bertulis 1 jam, latihan praktikal di litar 9.5 jam, jalan raya 6 jam, pra-ujian QTI 30 minit dan akhirnya ujian JPJ. Semua ini kena settle dalam 3 bulan je. Kalau tak habis on time, bye-bye lah lesen. Lokasi latihan & ujian JPJ akan pilih ikut tempat terdekat dengan kalian.
Cara nak mohon pun senang:
- Pergi ke JPJ Negeri atau Cawangan terdekat.
- Bawa IC, gambar passport & dokumen sokongan (status B40 & kesihatan).
- Isi borang permohonan (boleh juga download dari pautan negeri masing-masing).
- Pilih pusat latihan memandu yang kalian nak.
- Tunggu jadual dari JPJ dan commit sampai lesen keluar.
- Peringatan: Kos pengangkutan, makan minum & pemeriksaan kesihatan bukan termasuk dalam tajaan.
Program ni bukan sekadar lesen percuma—dia nak kurangkan rider haram, tingkatkan keselamatan jalan raya dan bagi kalian skill menunggang yang padu.
Siap JPJ masuk sekolah & universiti lagi untuk tolong student yang memang hari-hari naik motor pergi kelas. Kalau rasa layak, better mohon awal sebab slot cepat habis macam pisang goreng panas. Untuk tengok slot negeri atau download borang, boleh terus ke JPJ Negeri atau Facebook rasmi JPJ.

3 months ago
83

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)



































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)
