Kumpulan muzik terkenal dari Denmark, Michael Learns To Rock (MLTR) yang terdiri daripada Jascha Richter (vokalis), Mikkel Lentz (gitaris), dan Kåre Wanscher (dram), akan kembali ke Malaysia atas permintaan ramai bagi mengadakan konsert istimewa mereka.
Berlangsung Di Resorts World Genting
Konsert yang diberi judul “Michael Learns To Rock Encore All The Hits in Malaysia” ini dianjurkan oleh MMIC Entertainment Group bersama JS Concert Productions dan akan berlangsung pada 9 November 2025 (Ahad), jam 6 petang di Arena of Stars, Resorts World Genting.
Sejak penubuhannya pada tahun 1988, MLTR telah berjaya memikat hati jutaan peminat di seluruh dunia dengan lagu-lagu hits mereka yang kekal relevan sepanjang zaman.
Antara lagu ikonik mereka termasuk “Take Me To Your Heart”, “Paint My Love”, “25 Minutes”, “Sleeping Child”, dan “That’s Why (You Go Away)” yang sentiasa mendapat sambutan hangat dalam setiap persembahan mereka.
Pengaruh Yang Hebat
via MMIC Entertainment GroupDengan lebih 1,000 persembahan langsung di peringkat global, pelbagai anugerah emas dan platinum, jualan lebih 11 juta album, serta 1.5 bilion penstriman digital, MLTR terus membuktikan pengaruh mereka dalam industri muzik antarabangsa.
Di Malaysia, kumpulan ini telah berkembang daripada membuat persembahan di lokasi kecil kepada pentas berskala besar, menandakan kekuatan pengaruh mereka dalam kalangan peminat tempatan sejak lebih tiga dekad lalu.
Tiket untuk konsert ini mula dijual secara pra-jualan kepada ahli Genting Rewards pada 4 Ogos, 12 tengah hari di rwgenting.com.
Tiket Dijual Bermula 8 Ogos 2025
via MMIC Entertainment GroupJualan umum pula bermula 8 Ogos, 12 tengah hari melalui etix.my, rwgenting.com, dan trip.com dengan harga berikut (tidak termasuk yuran pemprosesan RM4):
Zon MLTR: RM988
VIP: RM788
PS1: RM688
PS2: RM488
PS3: RM288
PS4: RM188
Pembeli tiket Zon MLTR dan VIP turut berpeluang memenangi faedah eksklusif seperti sesi foto peribadi (3:1) dan foto berkumpulan (3:5) bersama ahli kumpulan.
Sebanyak 10 pemenang bertuah akan dipilih untuk foto peribadi Zon MLTR, manakala 20 pemenang masing-masing akan dipilih bagi foto berkumpulan dari kedua-dua kategori.
Untuk maklumat lanjut, peminat boleh mengikuti perkembangan melalui laman sosial rasmi MMIC Entertainment Group dan JS Concert Productions.

3 months ago
134

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)



































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)
