Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie atau lebih mesra dikenali sebagai Anju, tampil menafikan dakwaan liar netizen yang menuduh dia terlibat dengan kandungan lucah menerusi satu saluran Telegram berbayar miliknya.
Isu ini timbul selepas tular beberapa video dia bersama seorang individu dikenali sebagai Daddy Ash semasa berada di Bali, Indonesia baru-baru ini.
Tuduhan Yang Tidak Berasas
Menurut Anju, semua tuduhan itu langsung tidak berasas. Dia menjelaskan bahawa video tersebut hanyalah sekadar perkongsian aktiviti harian, bukan perkara tidak senonoh seperti yang didakwa.
Katanya, dia bertemu Daddy Ash secara kebetulan ketika berada di Bali untuk urusan kerja mempromosikan produk, dan tiada langsung unsur maksiat seperti yang digembar-gemburkan.
Bukan content lucah pun.
Saya ni janda anak satu, anak saya sekolah agama.
Takkanlah saya nak buat benda-benda macam tu.
Saya Islam, tahu mana yang haram.
Tambah Anju lagi, kehadiran dia di Bali hanyalah untuk promosi dan mengambil gambar untuk produk.
Hantaran di Media Sosial di Salah Tafsir
via Instagram AnjuBila terserempak dengan Daddy Ash, seperti biasa dia buat hantaran di media sosial — namun tidak menyangka ia akan disalah tafsir hingga tular dengan pelbagai spekulasi.
Disebabkan ramai bertanya tentang saluran Telegram miliknya, Anju akhirnya buka satu channel khas untuk berkongsi aktiviti harian semasa di Bali.
Tapi dia tekankan tiada langsung kandungan lucah atau aksi panas dalam channel tersebut.
Apa yang saya tunjuk cuma rutin biasa macam pergi gym, jalan-jalan, masak. Tak lebih dari itu.
Walaupun dia sudah menjelaskan perkara sebenar, masih ada netizen yang mengecam dan menuduh dia cuba menjual kandungan tidak bermoral.
Buat Andaian Tanpa Usul Periksa
via Instagram AnjuMalah, ada juga agamawan yang menegur tindakannya berbaring di sisi lelaki tersebut kerana dilihat seolah-olah mempromosikan maksiat.
Namun bagi Anju, semua tuduhan itu hanyalah cakap-cakap netizen yang suka buat andaian tanpa usul periksa.
Dia berharap orang ramai berhenti menyebarkan fitnah dan menilai sesuatu dari fakta, bukan persepsi.
Tak tanya, terus viralkan macam-macam.
Lepas tu sibuk cari link Telegram konon nak tengok.
Tapi sebenarnya tak ada pun apa yang korang sangkakan tu.
Jelasnya lagi, dia hanya berkongsi perkara biasa dan tiada niat langsung untuk menimbulkan kontroversi.

3 months ago
116

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)


![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)