Malaika Arora Buka Mulut Selepas Putus Dengan Arjun Kapoor- “Saya Tak Akan Pilih…”

4 days ago 13

Aktres dan penari Malaika Arora baru-baru ini memberi respons kepada kenyataan aktor Arjun Kapoor mengenai perpisahan mereka. Pada bulan Oktober lalu, Arjun mengiystiharkan dirinya sebagai “bujang” di sebuah acara, menghentikan spekulasi mengenai hubungan mereka.

Walaupun Arjun mendiamkan diri sejak daripada itu, Malaika berkongsi pendapat mengenai kenyataan aktor itu, menyatakan dia lebih suka merahsiakan kehidupan peribadinya dan menjauhi perdebatan umum.

Foto – India Today

“”Saya tidak akan sesekali memilih platform awam untuk bercakap mengenai kehidupan peribadi saya. Jadi apa sahaja yang dikatakan oleh Arjun adalah hak prerogatifnya sepenuhnya.”

Foto – The Economic Times

Terdahulu Arjun telah memberitahu wartawan, “Relax. Saya kini bujang”.

Arjun Kapoor dan Malaika Arora menjalinkan hubungan pada tahun 2018, selepas aktres itu bercerai dengan bekas suaminya, Arbaaz Khan pada tahun 2017.

Spekulasi mengenai perpisahan mereka telah tersebar sejak sekian lama, terutamanya apabila mereka berdua memadam gambar bersama dari media sosial.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |