Konsert kugiran retro moden kesayangan rakyat Malaysia, MASDO, menutup bulan Ogos dengan konsert ulang tahun bersejarah mereka, “Al-Kisah Kugiran MASDO 10 Tahun”, di Zepp Kuala Lumpur.
Ribuan peminat yang hadir pada 1 September lalu masih tidak boleh ‘move on’ dengan konsert ini menjadi sambutan penuh warna-warni yang menghimpunkan ribuan peminat, mengimbau kembali satu dekad perjalanan muzik MASDO yang penuh dengan kenangan dan detik suka duka perjalanan mereka.

Malam tersebut bukan sahaja sebagai penghormatan kepada perjalanan 10 tahun MASDO, tetapi juga sebagai simbolik perayaan Hari Kemerdekaan Malaysia melalui penyatuan kuasa muzik.
Dewan konsert mula bergema dengan sorakan pada jam 8.30 malam apabila lampu mula menyala. Sebelum mereka membuka tirai dengan lagu pembukaan, “Teruna & Dara”, sebuah paparan visual perjalanan MASDO sejak 2015 dimainkan di layar besar, lantas membangkitkan rasa nostalgia.
Sejak detik itu, tenaga konsert tidak pernah surut. Peminat menyanyi bersama lagu kegemaran seperti “Janji Manis”, “Dinda” dan “Ratu Hati”; dengan gema suara memenuhi seluruh dewan.

Malam itu menjadi lebih istimewa dengan kehadiran artis jemputan ke pentas. “Ratu Hati” diserikan dengan permainan indah Cakam di keyboard dan Nisa di biola, menambah kehangatan serta keanggunan.
Virtuoso gitar AG Coco menggegarkan dewan dengan solo bertenaga menerusi “Janji Manis”, manakala Areef Iskandar mengiringi “Bercanda di Malam Indah” dengan petikan gitar penuh jiwa.

Vokalis Heidi memberikan persembahan bertenaga dalam “Pujaanku”, menampilkan dimensi baharu kepada lagu kegemaran itu. Untuk penutup, Fizan tampil bersama MASDO menerusi “Nearly Near You” dan mewujudkan detik penutup yang memukau dan meninggalkan peminat terpana.

Susunan khas lagu-lagu ikonik MASDO termasuk “Bunga” dan “Berduka-Lara” menambahkan lagi keintiman dan kekuatan malam itu, menyentuh emosi para penonton.
Ketika nota terakhir bergema, Zepp Kuala Lumpur bertukar menjadi lautan bintang apabila ribuan peminat mengangkat telefon bimbit mereka tinggi-tinggi; satu pemandangan yang melambangkan perjalanan 10 tahun MASDO serta semangat Hari Kemerdekaan.

2 months ago
124

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)


![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)