Dua ikon Bollywood, Jackie Schroff dan Anil Kapoor terkenal dengan chemistru luar biasa dalam filem seperti ‘Ram Lakhan’, ‘Parinda’ hingga ‘1942: A Love Story‘.
Gandingan mereka dalam filem Bollywood telah berjaya memukau penonton, di mana Jackie penuh dengan karisma maskulinnya dan Anil pula dengan gaya santai yang memikat.
Foto – India TodayKisah di sebalik tabir penggambaran filem ‘Parinda’ pada tahun 1989 yang diarahkan oleh Vidhu Vinod Chopra, telah menggambarkan dedikasi mereka berdua. Semasa menjalani penggambaran bagi filem tersebut, Jackie membuat satu pengakuan yang mengejut iaitu dia telah menampar Anil Kapoor sebanyak 17 kali untuk satu adegan.
Dalam salah satu temu bual Jackie, aktor itu mendedahkan bahawa Anil mahukan sebuah tamparan yang realistik kerana tamparan palsu tidak akan menghasilkan reaksi yang sama.
“Dia (Anil) mahu menunjukkan ekspresi yang abangnya menamparnya. Sebenarnya pengarah berpuas hati dengan pengambilan pertama. Ekspresi itu sempurna. Tetapi Anil berkata, “Sekali lagi”. Saya menamparnya dan dia meminta untuk ulang lagi dan kemudian ulang. Dan seterusnya jadi 17 kali tamparan. Saya tidak boleh memalsukan tamparan itu. Mustahil untuk mendapat reaksi yang sama jika anda hanya menampar udara.”
Kisah yang dikategorikan sebagai ‘lagenda’ dalam industri Bollywood ini telah membuktikan kesungguhan dan komitmen mereka untuk menghidupkan watak dengan kesan emosi yang mendalam, menjadikan adegan itu ikonik!
Sekadar rekod, kedua-dua ikon ini masih lagi aktif dalam industri Bollywood. Jackie Shroff telah muncul dalam filem ‘Tanvi The Great‘ dan ‘Housefull 5‘. Dia juga dilaporkan akan membintangi filem ‘King’ bersama Shah Rukh Khan dan juga Suhana Khan.
Manakala Anil Kapoor pula baru-baru ini muncul sebagai cameo dalam filem ‘War 2‘ yang dibintangi oleh Hrithik Roshan dan Jr.NTR. Pada masa yang sama, dia juga akan muncul dalam filem ‘Alpha’ bersama Alia Bhatt dan Sharvi.

2 months ago
81

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)


![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)