Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya Malaysia menjadi pusat operasi Hamas seperti yang dilaporkan media antarabangsa. Beliau menegaskan tahap keselamatan negara berada dalam keadaan terkawal hasil kerjasama rapat Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama agensi penguat kuasa lain serta sokongan padu negara jiran.

Menurutnya, walaupun sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin amat dekat di hati rakyat Malaysia, pihak berkuasa tidak pernah berkompromi dalam soal keselamatan negara. “Berdasarkan kedudukan Malaysia sebagai negara Islam, perjuangan di Palestin sememangnya dekat di hati rakyat. Atas sebab itu, kita sentiasa memberi sokongan berterusan kepada Palestin, bagaimanapun agensi keselamatan tetap berwaspada supaya semangat solidariti itu tidak dieksploitasi untuk tujuan yang menyalahi undang-undang,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Beliau menjelaskan PDRM sentiasa menjalin kerjasama dengan Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam dan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) bagi memantau serta mengekang sebarang cubaan penyeludupan atau kegiatan jenayah rentas sempadan. Malah, beberapa kejayaan operasi bersama termasuk di Sadao, Thailand membuktikan kesiapsiagaan pihak berkuasa. “Kes tangkapan di Sadao membabitkan penyeludupan senjata api berjaya digagalkan dengan tindakan undang-undang diambil pihak berkuasa Thailand. Kita berkongsi maklumat dengan Thailand untuk mengenal pasti rangkaian mereka dan akan terus bekerjasama dalam perkara sebegini,” jelasnya.

Mohd Khalid turut menegaskan bahawa keselamatan negara tidak pernah dikompromi, terutama dalam isu keganasan, penyeludupan senjata serta rangkaian jenayah terancang. “Keselamatan negara adalah terkawal, kita akan terus memperkukuhkan kerjasama dengan rakan serantau bagi memastikan tiada kumpulan yang menjadikan negara ini sebagai pangkalan operasi,” katanya.

Dakwaan tersebut sebelum ini timbul daripada kenyataan bekas penganalisis kewangan keganasan di Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat, Jonathan Schanzer, yang mendakwa Malaysia sudah lama menjadi pusat operasi Hamas serta menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berminat kepada usaha perdamaian. Kenyataan itu mencetuskan kontroversi selepas Anwar menegaskan pendirian Malaysia untuk terus menyokong Palestin dan mendesak hubungan dengan Israel diputuskan kerana Gaza terus dihancurkan manakala Tebing Barat pula dirampas.

2 months ago
92

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)


![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)