Nama ahli kumpulan Super Junior, Choi Siwon sekali lagi menjadi perbualan hangat ramai. Kali ini kerana hantarannya yang tidak dijangka di Instagram mengenai kematian aktivis konservatif Amerika Syarikat iaitu Charlie Kirk.
Untuk pengetahuan kamu, Charlie Kirk ialah pengasas Turning Point USA iaitu sebuah organisasi belia berhaluan kanan yang terkenal kerana mempromosikan politik konservatif dan pro-Trump.
Di media sosial, terutamanya platform Instagram, Siwon telah mengucapkan takziah ke atas kematian mengejut Charlie sambil memujinya dan pengaruhnya terhadap politik Amerika Syarikat.
Foto – KoreabooWalau bagaimanapun, orang ramai terutamanya peminat menyuarakan rasa kecewa mereka dengan menekankan bahawa kongsian terbabit boleh merosakkan reputasi Siwon sebagai seorang selebriti K-Pop.
Hantarannya itu secara tidak langsung menunjukkan Siwon memberi sokongan kepada Israel. Bukan itu sahaja, sebelum ini dia juga digelar sebagai zionis selepas dilihat menerima jemputan ke acara meraikan hubungan diplomatik antara Korea Selatan dan Israel pada tahun 2022.
Foto – Kimchi DailyMelihatkan kemarahan peminat di media sosial mengenai hantarannya itu, Siwon tampil menjelaskan bahawa ucapan takziah tersebut dibuat kerana tragedi menyayat hati dan bukannya kerana pandangan politiknya.
“Saya ingin menjelaskan kerana terdapat banyak perbincangan mengenai kongsian saya berkenaan ucapan takziah untuk Charlie Kirk. Dia seorang Kristian, seorang bapa dan suami.
Walau apa pun keadaannya, hakikat bahawa dia kehilangan nyawa dalam insiden tembak ketika memberi ucapan kepada sekumpulan besar pelajar adalah tragedi menyayat hati, melampaui semua pandangan politik. Sebab itulah saya berduka dengan pemergiannya.”
Untuk rekod, Charlie Kirk telah maut ditembak semasa acara “Prove Me Wrong” di Utah Valley University iaitu ketika jelajah American Comeback Tour pada 10 September 2025. Charlie yang dikejarkan ke hospital dalam keadaan kritikal telah disahkan meninggal dunia.

2 months ago
67

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)


![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)