Kalian… MURAI ada berita panas yang confirm buat hati kaki travel dan bakal jemaah Umrah berbunga-bunga. AirAsia X baru sahaja umumkan laluan terbaru Kuala Lumpur ke Istanbul, Turkiye yang akan mula terbang 14 Ogos ini. Lagi best, ada 4 penerbangan seminggu untuk laluan ini, memang banyak pilihan tarikh untuk kalian rancang perjalanan.

Yang lagi syok, tempahan sudah boleh buat hari ini (12 Ogos) dengan harga promo serendah RM499 sehala. Murah kan?

Tapi tunggu, cerita dia bukan setakat mahu melancong ke Turkiye sahaja. CEO AirAsia X, Benyamin Ismail, sendiri kata laluan ni memang berbaloi untuk jemaah Umrah. Sebab apa? Sebab AirAsia X berganding bahu dengan ikhlas.com (anak syarikat gaya hidup Islamik bawah Capital A) untuk lancarkan pakej Umrah Plus Istanbul.
Bayangkan, kalian boleh tunaikan Umrah di Tanah Suci… lepas itu singgah jalan-jalan di Istanbul. Nak tengok Hagia Sophia, nak solat di Blue Mosque, nak jalan-jalan di Grand Bazaar, semua boleh! Dan yang best, kos perjalanan pun jimat sebab dua destinasi dalam satu trip.

Benyamin kata lagi, dari Istanbul kalian boleh sambung perjalanan ke destinasi lain di Asia macam Indonesia, Australia, Singapura, China, Thailand dan banyak lagi guna perkhidmatan Fly-Thru.
Fly-Thru ini apa benda?
Senang cerita, Fly-Thru ini servis yang buat kalian tak payah ambil beg dan check-in semula masa transit. Contoh, kalau dari Istanbul → KL → Bali, kalian check-in sekali je kat Istanbul. Sampai KLIA2, terus tunggu boarding untuk next flight. Tak perlu heret beg, tak perlu beratur panjang. Memang smooth gila.
Paling best, laluan ini juga memudahkan pelancong dari Eropah nak terokai Asia Tenggara melalui rangkaian luas AirAsia. So win-win lah ,untuk jemaah Umrah, kaki travel, dan pelancong luar.
Pendek kata, kalau kalian tengah plan nak buat Umrah tahun ni, tambahlah Istanbul dalam itinerary. Dapat pahala, dapat pengalaman, dapat gambar Insta-worthy sekali. Memang padu! Temapah boleh di buat melalui airasia.com dan aplikasi AirAsia MOVE.

3 months ago
132

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)

![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)
