Jumlah Tontotan Haram Di Tiktok Cecah 1.1 Juta, Pihak Filem Waruga Buat Laporan Polis

5 days ago 13

Semua sedia maklum bahawa kerajaan telah meluluskan rang undang-undang menambah baik Akta Hak Cipta (Pindaan) 2022.

Menambah Baik Hak Cipta Malaysia

Rang undang-undang tersebut mencadangkan mana-mana individu atau perniagaan melakukan atau memudahkan pelanggaran hak cipta melalui teknologi penstriman akan dihukum oleh undang-undang.

Pindaan baharu itu juga memperkenalkan hukuman bagi kesalahan berkaitan teknologi penstriman dan mereka yang didapati bersalah akan didenda tidak kurang RM10,000 dan tidak lebih RM200,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

Terbaru, kecoh di media sosial apabila penerbit filem D’Ayu Pictures Sdn Bhd membuat laporan polis berikutan ada pihak tidak bertanggungjawab melakukan aktiviti cetak rompak terhadap filem Waruga: Kutukan Ilmu Hitam.

Sambutan Hebat Di Kemboja

via Utusan TV

Menurut Harian Metro, Ketua Pegawai Eksekutif D’Ayu Pictures, Azaromi Ghozali berkata, pihaknya kesal dengan sikap segelintir individu yang sanggup merompak hasil penat lelah orang lain demi tujuan atau kepentingan sendiri.

Filem Waruga: Kutukan Ilmu Hitam mula ditayangkan di pawagam pada 15 Februari lalu dan memasuki pasaran Asia Tenggara dengan sambutan hebat di Kemboja.

Selepas selesai tayangan pawagam, filem ini mula diedarkan ke platform televisyen seperti Astro First dan Netflix.

Namun, saya kesal apabila filem ini dicetak rompak individu tidak bertanggungjawab dan dimuat naik dalam TikTok

Menurut Azaromi lagi, salah satu media sosial dikesan mendapat sambutan luar biasa dengan 1.1 juta jumlah tontonan.

Katanya, ramai ingin menonton secara percuma tetapi tanpa mereka sedar perbuatan itu seumpama bersubahat dengan penjenayah yang menjalankan kerja cetak rompak digital.

Jika 1.1 juta pergi menonton di pawagam, dengan pembelian tiket RM20 pastinya kutipan kasar filem mencecah RM22 juta.

Saya sedar bukan mudah memuaskan hati penonton di pawagam dan kita tak boleh paksa orang membeli tiket dan menonton di pawagam.

Sementara itu, Pengarah Urusan D’Ayu Pictures, Datuk Rosmarayu Mokhtar terkejut dimaklumkan mengenai cetak rompak digital berkenaan dan berharap tindakan berkenaan memberikan pengajaran buat cetak rompak digital agar tidak berulang lagi.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |