Dunia muzik tempatan kembali disemarakkan dengan pelancaran single duet terbaharu berjudul Redam, hasil kolaborasi istimewa antara penyanyi bersuara lunak dari Sabah, Jaclyn Chia, dan rapper Yunk G.
Nafas Baharu Dalam Genre Balada
via Luncai EmasLagu ini membawa nafas baharu dalam genre balada moden dengan gabungan elemen akustik dan rap yang menyentuh hati.
Redam merupakan karya introspektif yang menyelami emosi luka, trauma, dan keperitan yang terpendam – menggambarkan pergolakan dalaman seseorang yang melalui kehilangan tetapi tetap memilih untuk bangkit walau hati telah hancur.
Lagu ini sangat sayu dan peribadi buat saya.
Ia seperti menulis surat kepada diri sendiri yang sedang terluka, tetapi masih cuba untuk terus hidup.
Jaclyn sebelum ini dikenali menerusi lagu Joget Mengikut Rasa dan pernah dinobatkan sebagai Juara RTM Kemuncak Bintang Ai FM 2024.
Redam menampilkan sisi berbeza dirinya yang lebih matang dan emosional, memperlihatkan versatiliti Jaclyn sebagai penyanyi.
Satu Kesatuan Muzik Yang Meredam Luka Jiwa
via Luncai EmasSingle ini dicipta oleh Shaiffulhan Saidin dengan lirik oleh D’Laila, diterbitkan di bawah Zirbad Music Production dan diedarkan secara digital oleh Luncai Emas.
Menariknya, projek ini turut mendapat sokongan daripada Kementerian Komunikasi Malaysia menerusi Dana Kreatif MyCreative Ventures, tanda sokongan terhadap karya tempatan berkualiti.
Menurut komposer Shaifulhan, gabungan suara merdu Jaclyn dan rap bertenaga Yunk G membentuk satu kesatuan muzik yang meredam luka jiwa.
Shaifulhan, komposer eksklusif Luncai Emas, turut disunting semasa Bengkel Hakcipta anjuran syarikat tersebut.
Yunk G atau nama sebenarnya AG Sri Iskandar Bahrin, yang aktif dalam dunia rap di Sabah dan Semenanjung, membawa perspektif yang berani dan jujur dalam lagu ini.
Video muzik Redam yang kini boleh ditonton di saluran YouTube Luncai Emas memaparkan visual puitis dan simbolik, menggambarkan perjalanan seseorang melepasi bayang-bayang silam.
Redam kini boleh distrim di semua platform digital utama seperti Spotify, Apple Music, dan YouTube – menandakan satu lagi pencapaian penting buat kedua-dua artis berbakat ini.

3 months ago
109

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)

![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)
