Pelakon, Datin Intan Najuwa tampil bersuara selepas segelintir netizen mempersoalkan penggunaan ‘filter’ dalam foto dia bersama suami, Datuk Ahmad Azraf Azman bersama anak mereka, Imane Lunara ketika bercuti di London, baru-baru ini.
Intan menerusi hantaran di Thread menyifatkan netizen yang mencari kesilapannya itu tidak mempunyai perkara penting yang mahu dilakukan dalam hidup.
Tegas Intan, tindakannya itu tidak mengganggu orang lain dan hanya mahu kelihatan elok di dalam momen yang dirakamkan bersama keluarganya itu.
“Nak edit muka bujur ke, macam alien ke, filter 10 inci ke, suka hati laa janji kita tak kacau orang.
Gigih siap ada yang zoom, cari satu-satu salah. Korang ni memang betul-betul tak ada kerja dalam hidup 😂. Gambar kita, dia yang tersakiti lebih.
Kami semua mahu kelihatan elok di dalam foto di mana momen itu akan kekal selama-lamanya sebagai kenangan.”-tulis Intan Najuwa di Thread

“Yang Sibuk Cari Kesalahan Orang Tu, Dia Sendu Hidup..”

Menjengah ruangan komen, rata-rata peminat mengkritik sikap segelintir pihak yang sibuk mencari kesalahan orang lain, malah ramai yang meminta ibu kepada seorang cahaya mata ini untuk tidak menghiraukan kata-kata negatif yang dilemparkan kepadanya itu.
“Bayangkan cari salah Datin, tapi Datin masih slay dengan Lunara di London sambil shopping tak tengok harga. Yang cari kesalahan tu confirm la bifoti masam yang takde kerja dalam hidup. Dok cari salah Datin je kerja.”
“Yang sibuk cari kesalahan orang tu, dia sendu hidup dia. Enjoy your London with your little one sis.”
“Masalahnya yang lelaki pun sama naik sibuk cari cacat cela orang. Apoo yang kepoci sangat entah. Itu belum lagi yang borak double meaning.”
“Tak payah la layan netizen ni Intan, hidup you dah bahagia diorang je tu tersakiti tengok orang hidup lengkap terpenuhi kaya.”
Apa komen anda?

3 months ago
105

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)


![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)