Ini Yang Gauri Khan Lakukan Selepas Tahu SRK ‘Curang’ Dengan Priyanka Chopra

3 weeks ago 27

Apabila filem ‘Don’ ditayankan, ramai yang memberi pujian dan meluahkan rasa kagum terhadap hasil karya Farhan Aktar, termasuklah watak Shah Rukh Khan (SRK) dan Priyanka Chopra.

Ramai yang terpaku melihat chemistry di antara kedua pelakon yang sangat kuat, sehinggakan ada yang menyangkakan mereka menjalinkan hubungan sulit di kehidupan sebenar.

Mencetuskan kontroversi ketika itu dengan khabar angin mengenai hubungan sulit mereka berdua, isteri SRK iaitu Gauri Khan telah memberi satu reaksi yang ramai yang tak boleh lupakan. Ini yang dia lakukan!

Foto – India Forum

Apabila Gauri mendapat tahu bahawa suaminya, SRK dan Priyanka terpalit dalam dakwaan hubungan sulit, dia sudah bersedia dengan dua pilihan. Pilihan pertamanya adalah untuk bercerai dengan pelakon itu. Jika tidak mahu bercerai, pilihan keduanya adalah melarang SRK daripada bekerja dengan Priyanka.

Murai yakin, SRK memilih pilihan kedua kerana sejak daripada filem itu kita tidak pernah melihat kedua-dua pelakon ini muncul di skrin layar bersama-sama lagi.

Foto – Postoast / Ishhaara

Selepas itu, kedua-dua mereka dikatakan menjauhkan diri. Malah ada yang mengatakan bahawa beberapa pengarah dan rumah produksi telah berhenti memberikan Priyanka sebarang tawaran berlakon, atas alasan menyokong Gauri.

Foto – Pinterest / Facebook

Apabila SRK ditanya mengenai khabar angin itu dalam sebuah temu bual lama, dia menyatakan Priyanka membuatkannya selesa sebagai rakan sekerja.

“Sejujurnya saya tak rapat dengan rakan pelakon. Tetapi Priyanka sentiasa buatkan saya selesa. Bagus bekerja dengan rakan seperti itu. Apabila anda bekerja dengan orang yang selesa dan bina hubungan baik antara satu sama lain, ia bawa kebahagian. Saya agak sedih apabila orang luar salah ertikan hubungan ini.”

Apa pendapat kamu?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |