Ini Respons Aishwarya Rai Selepas Didakwa Berkahwin Dengan Pokok Sebelum Abishek Bachchan

3 days ago 12

Di tengah-tengah kontroversi mengenai perceraian Aishwarya Rai-Abishek Bachchan, tular pula khabar angin lama mengenai aktres itu berkahwin dengan pokok sebelum berkahwin dengan suaminya.

Sekitar tahun 2008, Aishwarya Rai pernah terpalit dengan khabar angin dia perlu berkahwin dengan pokok sebelum berkahwin dengan Abishek untuk ‘mengusir petanda buruk’ dalam perkahwinan mereka.

Foto – Bollywood Life

Bagaimanapun, aktres itu sendiri tampil menjelaskan khabar angin itu dalam sebuah temu bual. Dia mendedahkan bagaimana orang menganggap dirinya ada sumpahan dan peranan media dalam menambah gosip tentangnya.

“Ya, saya ada dengar tentang itu (berkahwin dengan pokok). Saya fikir ia sangat tidak perlu. Untuk menjadikan ia sebagai sebuah berita palsu, saya rasa tidak perlu. Bahagian menarik adalah, kami sangat kukuh sebagai sebuah keluarga. Paa (Amitabh Bachchan) telah bertemu dengan media dan menjawab semua pertanyaan.”

Foto – Red Carpet Fashion Awards

Dalam temu bual yang sama, Aishwarya juga mengimbau dirinya dimalukan di acara antarabangsa, di mana dia ditanya mengenai ‘sumpahan’ ke atas dirinya itu.

“Ia mengejutkan! Saya ingatkan ianya akan berlalu tetapi bila ditanya soalan sebegitu, “Adakah anda mempunyai sumpahan, anda perlu berkahwin dengan pokok?, saya fikir macam mana nak tamatkannya.”

Apa pendapat kamu?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |