Identiti lima remaja yang bakal berdepan dakwaan berkaitan kes buli pelajar Tingkatan Satu, Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, tidak boleh didedahkan kepada umum. Peringatan itu disuarakan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) yang menegaskan perkara terbabit selaras dengan hak perlindungan kanak-kanak menjelang prosiding Mahkamah Kanak-kanak Kota Kinabalu, Sabah, esok.

Dalam satu kenyataan, SUHAKAM menggesa orang awam serta pihak media supaya bertindak penuh tanggungjawab dan mematuhi undang-undang sedia ada, khususnya Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611). Menurut suruhanjaya itu, lima remaja terbabit berhak mendapat perlindungan penuh termasuk sokongan berasaskan trauma, wakil guaman dan layanan yang adil tanpa sebarang stigma.
“Identiti mereka tidak boleh didedahkan secara langsung atau tidak langsung. Nama, gambar, sekolah atau sebarang butiran yang boleh membawa kepada pengecaman mereka dilarang untuk dikongsi kepada umum,” katanya.
SUHAKAM turut mengingatkan bahawa sebarang penerbitan identiti kanak-kanak boleh membawa implikasi undang-undang di bawah Seksyen 15 Akta 611 dengan hukuman denda sehingga RM10,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali. Mahkamah Kanak-kanak, jelas suruhanjaya itu, adalah mahkamah tertutup di bawah Seksyen 12 akta sama, dan hanya pihak berkepentingan sahaja dibenarkan menghadiri prosiding.

Keutamaan kini, menurut SUHAKAM, adalah memastikan proses keadilan berjalan secara tertib tanpa mencetuskan stigma berpanjangan terhadap kanak-kanak terbabit. Masyarakat turut diingatkan bahawa perbuatan buli, sama ada secara fizikal di sekolah atau secara maya di media sosial, tidak boleh diterima dalam apa jua keadaan.
Platform media sosial seperti Facebook, Instagram dan TikTok juga disaran mengambil langkah lebih proaktif dengan mengemas kini dasar dalaman untuk mengesan serta memadam kandungan yang melanggar Akta Kanak-Kanak. SUHAKAM menegaskan tindakan menunggu laporan atau permintaan untuk menurunkan kandungan boleh menyebabkan maklumat haram tersebar lebih luas sekali gus menjejaskan perlindungan undang-undang yang dijamin kepada kanak-kanak.

Sementara itu, Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, memaklumkan bahawa lima remaja terbabit akan didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 507c(1) Kanun Keseksaan atas tuduhan mengugut dengan perkataan bersifat mengancam. Pertuduhan itu merangkumi perbuatan yang berpotensi menyebabkan seseorang berasa terganggu, tertekan, takut atau cemas.

Sebelum ini, Jabatan Peguam Negara dalam kenyataan rasmi mengesahkan telah meneliti kertas siasatan polis sebelum membuat keputusan menuduh beberapa individu berdasarkan keterangan yang ada. Bagaimanapun, jabatan itu menegaskan keputusan untuk menuduh suspek tidak menjejaskan siasatan yang masih berjalan berhubung kes kematian Zara Qairina, termasuk prosiding inkues yang akan dilaksanakan di mahkamah.

3 months ago
84

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)
































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)

![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)
![[VIDEO] Reaksi Tengku Jihan Peroleh ‘Mini Love’ Dari Rakyat Buatkan Ramai Terhibur](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-39.png)