Noraidah Lamat, ibu kepada arwah Zara Qairina Mahathir, mengakui dirinya terkejut, panik dan tidak dapat membuat keputusan yang wajar ketika diminta menandatangani dokumen menolak bedah siasat terhadap anaknya yang meninggal dunia pada 17 Julai lalu. Wanita berusia 45 tahun itu berkata, tiada nasihat atau penjelasan jelas diberikan ketika kejadian, menyebabkan dia dan keluarga tidak memahami kepentingan prosedur tersebut. Menurut Noraidah, jika mereka tahu tentang kepentingannya, mereka sama sekali tidak akan bersetuju untuk menolak bedah siasat.

“Tiada penjelasan yang jelas dan kami memang tidak biasa dengan kes seperti ini. Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat. Jika kami tahu, kami tidak akan tandatangan dokumen itu,” tulisnya dalam satu komen di Facebook, yang disahkan oleh peguamnya, Hamid Ismail, sebagai milik beliau melalui akaun ‘Noie AiDa’.
Semalam, Bukit Aman mendedahkan terdapat ketidakpatuhan prosedur oleh pihak polis kerana gagal menjalankan bedah siasat mengikut keperluan undang-undang. Namun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk M Kumar, menjelaskan bahawa Noraidah sendiri menandatangani dokumen yang dikeluarkan pihak hospital untuk tidak membenarkan bedah siasat dijalankan terhadap jenazah anaknya.

Zara Qairina, 13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, sehari selepas ditemui tidak sedarkan diri di asrama sekolahnya di Papar. Kes itu mencetuskan kemarahan dan perhatian umum kerana melibatkan dakwaan kecederaan yang dialami mangsa sebelum kematiannya.

Susulan itu, Jabatan Peguam Negara mengarahkan mayat pelajar tersebut digali semula bagi menjalankan bedah siasat pada Ahad lalu. Proses pengebumian semula dilakukan pada Isnin di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Sipitang. Kes ini kini menjadi tumpuan nasional dengan tuntutan keadilan yang semakin lantang disuarakan masyarakat, khususnya berhubung ketelusan siasatan dan hak keluarga untuk mengetahui punca sebenar kematian anak mereka.

3 months ago
85

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)

![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)
