Adik kepada pelakon, Heliza Helmi iaitu Hazwani berkongsi momen indah ketika dalam perjalanan ketika menaiki bot dalam misi Sumud Flotilla, baru-baru ini.
Kongsi Hazwani di Thread, disebabkan dia dan kakaknya, Datin Seri Nur Heliza Helmi antara peserta wanita Muslim yang memakai serba hitam, pihak krew dan penganjur telah menyediakan ruangan khas buat mereka agar dapat berehat dengan selesa.
“Nak kongsi sikiti cerita bestnya bila menutup aurat terutamanya waktu musafir ni. Dalam bot kami, ada berbilang bangsa dan kepercayaan. Jadi saya dengan kakja antara peserta yang pakai tudung all black (atas faktor keselesaan dan kemudahan).
Jadi disebabkan kami antara peserta wanita Muslim kena jaga aurat sepanjang masa, ahli krew dan penganjur berbaik hati bagi partition yang tertutup untuk kami dapat berehat di situ. Walaubagaimanapun, sepanjang kami berada di bot, kami memang tidur dengan pakaian all black kami. Supaya apa-apa berlaku, aurat kami masih terjaga.”-kongsi Hazwani di Thread

“Beliau Menundukkan Pandangannya..”
Tambah Hazwani, ketika mereka berdepan detik cemas apabila bot yang dinaiki mengalami kerosakan enjin. Individu yang mengejutkan mereka tetap menundukkan pandangan ketika mengajak mereka untuk mengadakan ‘urgent meeting’ disebabkan kerosakan enjin tersebut.
“Jadi bila bot kami rosak, bot ketika itu agak berombak kencang. Jadi bagi elakkan mabuk laut, kami paksakan diri untuk lelapkan mata. Tiba-tiba ada orang ketuk dinding dengan sangat kuat, lalu kami pun terjaga. Saya melihat wajah orang yang mengetuk itu.
Tapi yang buat saya kagum. Beliau menundukkan pandangannya. Tak pandang kami pun. Sedangkan kami masih menutup aurat. Dia kata ‘ i’m so sorry, but we have urgent meeting. Can we see in 5 minutes?’. Kami pun jawab boleh, dan dia masih menundukkan pandangan.”-kongsi Hazwani lagi
ScreenshotSama-sama kita doakan agar misi kemanusiaan yang disertai berjalan lancar dan mereka selamat kembali ke tanah air kelak..

2 months ago
60

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)


![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)