Hari ini di The Exchange TRX, Huawei Malaysia memperkenalkan dua produk baharu yang menarik perhatian ramai. HUAWEI FreeBuds 6 dan HUAWEI MatePad Pro 12.2” (2025). Pelancaran ini memperlihatkan usaha berterusan Huawei dalam menawarkan teknologi yang bukan saja canggih, tetapi juga direka mengikut gaya hidup moden yang serba pantas.
HUAWEI FreeBuds 6 – Ringan, Selesa dan Sesuai Dipakai Sepanjang Hari
Jika sebelum ini banyak fon telinga jenis open-fit hanya memberi fokus kepada keselesaan, Huawei tampil dengan pendekatan yang lebih seimbang. FreeBuds 6 direka bukan sekadar ringan dan selesa, tetapi juga menampilkan kualiti bunyi yang jelas dan jitu.
Dengan bentuk ‘droplet’, fon telinga ini direka agar sesuai dengan lebih banyak jenis bentuk telinga manusia. Ia sesuai untuk pelbagai kegunaan harian sama ada untuk mendengar muzik, menjawab panggilan atau hanya menikmati podcast dalam perjalanan.
- Tarikh mula dijual: 24 Jun 2025
- Harga: RM699
- Hadiah percuma bernilai RM327 turut disertakan dalam pembelian awal
HUAWEI MatePad Pro 12.2” (2025) – Lebih Daripada Sekadar Tablet
Satu lagi produk yang diumumkan hari ini ialah MatePad Pro 12.2”, sebuah tablet yang membawa pengalaman seakan menggunakan komputer riba. Dilengkapi dengan papan kekunci yang boleh ditanggalkan dan stylus pintar, MatePad Pro ini menawarkan ciri-ciri yang sangat berguna untuk pengguna profesional, pereka bentuk mahupun mereka yang bekerja secara fleksibel dari mana-mana lokasi.
Reka bentuknya yang nipis dan ringan menjadikan tablet ini mudah dibawa ke mana-mana, sementara paparan berkualiti tinggi dan integrasi pintar seperti WPS versi PC memberikan kelebihan kepada mereka yang memerlukan prestasi tinggi dalam peranti mudah alih.
Harga: RM3,599, Pra-tempahan kini dibuka di: HUAWEI Experience Store, Laman rasmi Huawei, Shopee, Lazada dan TikTok (kedai rasmi)
Dengan deposit RM50, pelanggan akan menerima: Rebat sehingga RM200, Hadiah bernilai sehingga RM2,045 termasuk:
- M-Pencil (Gen 3)
- Tetikus Huawei
- Beg galas Huawei
- Huawei SoundJoy
- Akses WPS versi PC
Dengan gabungan rekaan premium, ciri pintar dan fokus terhadap keselesaan serta keperluan sebenar pengguna, dua produk ini dilihat mampu memberikan pengalaman teknologi yang lebih baik, tidak kira sama ada untuk hiburan atau kerja harian.
Huawei membuktikan bahawa inovasi tidak semestinya kompleks, ia boleh hadir dalam bentuk yang ringkas, mudah digunakan dan sesuai untuk pelbagai gaya hidup.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.