Setiap kali hampir hujung tahun, pasti ramai yang tertunggu-tunggu mengenai berita berkenaan dengan Amanah Saham Bumiputera (ASB).
Sebelum ini Murai Malaysia ada kongsikan cara mudah semak dividen ASB bagi tahun 2025 dengan secara online sahaja.
Kali ini kami kongsikan pula bagaimana sekiranya ada dalam kalangan kita yang mahu membuat pengeluaran ASB secara online melalui laman web ataupun aplikasi myASNB.
Pengeluaran Secara online di www.myasnb.com.my
Untuk pengguna yang mahu membuat pengeluaran secara online berikut adalah langkah-langkah yang boleh anda ikuti:
Daftar & Log Masuk Akaun myASNB
Layari portal rasmi www.myasnb.com.my atau guna aplikasi mudah alih myASNB.
Daftar akaun jika belum, atau log masuk dengan ID sedia ada.
Pilih Menu Portfolio
Setelah berjaya log masuk, pilih menu “Portfolio” untuk melihat senarai dana ASB yang anda miliki.
Klik Transaksi > Pengeluaran
Pilih tab “Transaksi”, kemudian tekan “Pengeluaran” untuk memulakan proses.
Pilih Dana & Masukkan Jumlah
Pilih dana ASB yang ingin dikeluarkan.
Masukkan jumlah pengeluaran yang dikehendaki.
Semak Maklumat Akaun Bank
Pastikan nombor akaun bank yang didaftarkan adalah betul dan aktif untuk menerima wang pengeluaran.
Tandakan Persetujuan & Teruskan
Tandakan kotak pengisytiharan persetujuan, kemudian klik “Seterusnya”.
Terima Kod TAC
Sistem akan menghantar kod TAC melalui SMS ke nombor telefon berdaftar anda.
Masukkan TAC & Sahkan
Masukkan kod TAC yang diterima, dan sahkan transaksi untuk melengkapkan proses pengeluaran.
Pengeluaran Menggunakan Applikasi myASNB
Selain secara online, anda juga boleh menggunakan applikasi myASNB.
1. Log masuk aplikasi myASNB atau klik “Daftar Sekarang” sekiranya anda belum mempunyai akaun.
via myASNB2. Untuk membuat pengeluaran duit ASB, klik “Pengeluaran”.
via myASNB3. Pilih “Amanah Saham Bumiputera” untuk keluarkan duit ASB.
via myASNB4. Masukkan nilai/amaun yang anda ingin keluarkan dan klik, seterusnya.
via myASNB5. Pilih sebab pengeluaran dan klik, Pasti.
via myASNB6. Semak no akaun dan jumlah amaun yang ingin dikeluarkan, klik Pasti.
via myASNB7. Sahkan dan semak sekali lagi no akaun bank dan jumlah amaun yang ingin dikeluarkan, klik Pasti.
via myASNB8. Klik Benarkan.
via myASNB9. Transaksi diluluskan. Klik OK.
via myASNB10. Tempoh masa pengeluaran adalah 3-7 hari bekerja. Klik OK dan pengeluaran selesai.
via myASNB
via myASNBPerkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian
Pastikan jumlah pengeluaran yang dimasukkan adalah tepat.
Maklumat peribadi & akaun bank mestilah sama seperti dalam rekod perbankan anda.
ASNB tidak bertanggungjawab jika berlaku kesilapan dalam nombor akaun atau penerima.
Wang pengeluaran akan dimasukkan ke akaun bank dalam 7–10 hari bekerja.
Untuk Dana Harga Hadapan ASNB, nilai akan dikira berdasarkan waktu urus niaga:
Sebelum 4:00 PM: dikemaskini dalam 2 hari bekerja
Selepas 4:00 PM: dikemaskini dalam 3 hari bekerja
Jika transaksi gagal, unit akan dipulangkan ke akaun anda dalam masa 10 hari bekerja.

2 months ago
74

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)


![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)