Hanya Atas Sebab Ini, Kangana Ranaut Tidak Dibenarkan Masuk Ke Premis Vatican City

1 day ago 16

Rasanya ramai yang tak tahu bahawa aktres Kangana Ranaut pernah dihalang daripada memasuki premis ketika melancong ke luar negara hanya kerana satu kesalah kecil.

Semasa insiden itu berlaku, Kangana dikatakan sedang melancong di Vatican City. Ketika itu, dia berjalan-jalan di bandar dan mahu memasuki premis yang berdekatan.

Foto – 22 Places

Tetapi apa yang mengejutkan, Kangana tidak dibenarkan memasuki premis kerana dia hanya memakai seluar pendek dan t-shirt. Kangana terpaksa kembali ke bilik hotelnya, menukar pakaian dan kemudian kembali ke premis tersebut.

Foto – India News TV

Kangana berkongsi insiden ini sebagai tindak balas kepada siaran yang dikongsinya di platform X. Dalam siaran itu, seorang pengguna telah mengkritik pakaian wanita yang kurang sesuai ketika berada di kuil.

Dia yang mengambil berat perkara yang sama, turut memanggil wanita-wanita tersebut sebagai badut kerana memakai gaun pendek yang kasual ketika melawat tempat suci itu.

Foto – X

Apa pendapat kamu?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |