MURAI berpeluang menerima satu unit Samsung Galaxy Watch8 44mm, dan jujurnya… selepas hanya tiga hari memakainya, jam pintar ini bukan sekadar aksesori, tetapi sebuah inovasi yang terasa elegan, pintar, dan penuh karakter.
Reka Bentuk Baharu Yang Menawan
Generasi kali ini hadir dengan chassis berbentuk kusyen, bukannya bulat klasik seperti sebelum ini. Hasilnya? Reka bentuk lebih moden, 11% lebih nipis, ringan, dan selesa dipakai walaupun ketika berlari atau menyarung jaket. Skrin pula mencapai 3,000 nits, cukup terang walaupun di bawah terik matahari. Tak perlu lagi berpura-pura juling semata-mata nak tengok waktu.

Perisian Lebih Kemas Dan Mesra Pengguna
Dengan One UI Watch 6, Samsung memperkenalkan perubahan kecil tetapi bermakna. Contohnya, fungsi “Now Bar” yang sentiasa memaparkan aktiviti berjalan di latar, timer, senaman, atau apa sahaja. Ia ringkas, tetapi menjimatkan masa dan mengelakkan kita daripada menekan terlalu banyak menu.
Gemini Jadi Pembantu Peribadi
Kejutan terbesar ialah kehadiran Google Gemini dalam jam ini. Bayangkan, hanya dengan suara – “Hey Gemini, carikan flat white!”, terus keluar cadangan kedai kopi berhampiran. Setakat ini, Gemini mampu melancarkan senaman, semak cuaca, cari arah jalan, malah tambah acara ke kalendar. Kalau boleh tolong order nasi lemak sekali, mungkin MURAI terus setia seumur hidup.
Jurulatih Larian Peribadi

MURAI turut mencuba Running Coach baharu. Selepas kalibrasi ringkas, jam ini menganalisis rentak langkah, kadar larian, dan usaha, sebelum menghasilkan pelan latihan khas yang boleh berubah mengikut prestasi kita. Ia seperti jurulatih peribadi, cuma versi yang tidak mengeluh bila kita berhenti selepas lima minit.
Tambahan pula, ada fungsi unik iaitu Antioxidant Index, cuba mengukur tahap karotenoid dalam badan, kononnya tanda sama ada pemakanan kita cukup sihat atau tidak. Pendek kata, jam ini bukan sahaja pandai “mengira kalori”, malah cuba jadi mak ayah kedua untuk kesihatan kita.
Galaxy Watch8 jelas merupakan peningkatan paling bermakna dalam beberapa tahun ini. Gabungan reka bentuk segar, perisian kemas, dan kehadiran Gemini menjadikan jam ini antara pesaing terkuat dalam dunia smartwatch tahun 2025.

2 months ago
117

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)


![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)