Tak ada angin, tak ada ribut, nama Hafreez Adam secara tiba-tiba menjadi bualan ramai disebabkan oleh hantarannya di platform Threads. Jika ada pembaca MURAI yang belum sempat membaca hantarannya itu, Hafreez ada berkongsi sebuah pengalaman manisnya ketika bekerja dengan seorang aktres popular ketika awal penglibatannya dalam dunia lakonan.
Menerusi hantarannya itu, Hafreez memberitahu bahawa kejadian itu berlaku ketika menghadiri uji bakat untuk sebuah siri televisyen. Walaupun dirinya tidak mendapat watak yang diidamkan, Hafreez akui dirinya berasa kagum dengan sikap rendah diri dan sopan seorang aktres di set penggambaran tersebut.
Hafreez yang ketika itu juga tidak sihat, memilih untuk menjauhkan diri daripada rakan selebriti dan juga kru penggambaran kerana bimbang mereka akan berjangkit dengannya. Tetapi, aktres tersebut tidak kisah dan tetap menawarkannya makanan.
“Aku ni nobody, tak sihat pula tu, Asyik bersin bersin. Tak patut ada dekat situ pun. Tiba tiba dengar suara “hey, sorry kacau, jemput makan” sambil hulur pizza dalam box tu. “Ambil lah”, dia senyum. I said “eh, it’s okay. Thanks ye”. Bukan tak nak, Tapi nervous.
Dia offer lagi, “ambil lah, at least a slice”. Dia senyum then pergi ke seat dia balik, berbual dengan lain lain. That was the only time aku jumpa dia dekat set tu. Nobody and sick, but she chose to be nice to me anyways.”
Apa yang lebih mengejutkan Hafreez, dia tidak mempunyai babak bersama tetapi aktres itu masih lagi mengingatinya apabila mereka berjumpa di sebuah majlis.
“Few months after, terserempak dengan dia dekat majlis anugerah. Ada rakan industry masa tu, and he thought I’ve never met her, so he introduced me to her, this actress terus cakap “eh, I know him”.
Seorang nama besar, ingat seorang nobody macam aku ni. Serious cakap, dia punya baik, bukan buat buat. Very thoughtful and kind. But every time jumpa, dia akan say nice things only. Selalu buat orang rasa good. Vibe dia.”
Walaupun Hafreez tidak menyebut nama aktres tersebut, tetapi ramai netizen berteka-teki dan memetik nama Fazura sebagai individu yang dimaksudkan.
“Walaupun awak tidak menyebut nama sesiapa, semua orang dengan mudahnya boleh meneka siapakh dia. Betapa hebatnya aura dia”, komen @hettymunira.
“Betul ke Fazura? Nak tau dari mulut owner Threads”, komen @nurzahilawahida.
“Ok lah. Betul la Mak Nyama. Sebab Hafreez dah like”, komen @mizzkeena.
Apa pula kata kamu?

2 months ago
67

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)


![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)