Pelakon Nadzmi Adhwa hanya mampu berserah kepada Allah berhubung keselamatan isterinya, pelakon Ardell Aryana, yang kini berada dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF). Misi tersebut dilaporkan berdepan ancaman serangan daripada tentera Israel, sekali gus membuatkan Nadzmi tidak berdaya melakukan apa-apa selain menggantungkan harapannya pada doa.

“Saya memang berdebar. Kami yang dekat sini berserah dan reda sahaja, macam Ardell sendiri pun dia dah reda. Kalau macam Ardell, dia dah tak fikir pasal dia, semua tentang Gaza. Niat dia memang nak sampai sana dulu. Cuma dapat tahu nak serang habis-habisan, kita doa tanpa henti. Itu sahajalah boleh cakap dari jauh ini,” katanya.
Nadzmi, 33, mengakui fikirannya kerap terganggu memikirkan keadaan Ardell, namun dia cuba untuk kekal positif serta yakin dengan ketentuan Allah. Dia hanya berharap agar isterinya dapat kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat, sebagaimana saat dia menghantar Ardell ke lapangan terbang sebelum ini.

“Otak memang sentiasa memikirkan isteri tapi kalau kita ‘over’ sangat fikir pun tak boleh juga. Jadi kita di sini pun mendoakan dialah. Apa yang kita harapkan adalah macam mana kita hantar dia pergi, macam tulah harapnya dia pulang pada kami. Kita pun nak mendoakan agar semua rakyat Malaysia dapat doa supaya misi GSF akan dapat selesaikan misi itu, insya-Allah. Itulah senjata utama kita,” jelasnya.
Menurutnya, kali terakhir dia berhubung dengan Ardell adalah untuk memberikan kata-kata semangat memandangkan isterinya itu dalam keadaan tidak sihat. “Saya tak boleh nak hubungi dia pun, tak dapat. Kali terakhir berhubung, saya beritahu untuk teruskan dan kuatkan semangat sebab sepatutnya hari itu dia kena patah balik tapi dia tetap nak teruskan,” katanya lagi.

Sebelum ini, beberapa negara sudah memberi amaran kepada rakyat masing-masing yang menyertai GSF bahawa mereka berdepan risiko serangan Israel pada bila-bila masa. Tentera Israel juga dilaporkan memberi amaran bahawa mereka bersedia menyekat atau mengintersepsi flotilla tersebut, yang dianggap sebagai cubaan menembusi sekatan laut terhadap Gaza.
Selain Ardell, misi GSF turut disertai 34 aktivis Malaysia termasuk pengamal media Zainal Rashid Ahmad, personaliti media sosial Farah Lee, serta dua penyanyi, Zizi Kirana dan Heliza Helmi.

1 month ago
92

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)


![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)