Peminat durian, berita gembira untuk anda! Musim King of Fruits sekarang ini tengah hype. Jika sebelum ini percutian anda sekadar pergi, makan durian, kemudian pulang, apa kata tahun ini kita jadikannya lebih istimewa. Nikmati pengalaman penuh dengan menginap di kawasan pengeluar durian, sambil merasai suasana ladang yang tenang.
Airbnb telah menyenaraikan beberapa penginapan menarik di Pahang, Johor dan Melaka yang sesuai untuk anda yang ingin menikmati musim durian secara lebih menyeluruh.
PAHANG – Udara Sejuk, Pemandangan Indah & Musang King Berkualiti
Bentong memang terkenal sebagai kawasan pengeluar Musang King yang terbaik. Dengan cuaca yang sejuk dan pemandangan hijau, ia menjadi destinasi pilihan setiap kali musim durian tiba.
Rest. Pause. Rainforest Retreat:Terletak di tengah hutan, suasana di sini cukup menenangkan. Anda boleh menikmati bunyi sungai, melihat langit nampak bintang-bintang, dan jika bernasib baik, burung enggang juga kelihatan. Musim durian? Hanya selangkah dari penginapan.
Bukit Tinggi BrickhouseBukit Tinggi Brickhouse: Sesuai untuk keluarga besar atau dalam kumpulan. Mempunyai 8 bilik tidur di dua villa, kolam renang peribadi, karaoke, dan pemandangan ladang buah. Musim durian? Anda boleh mendapatkan buah segar terus daripada petani dengan harga istimewa.
Bukit Tinggi BrickhouseJOHOR – Durian Lazat & Aktiviti Keluarga
Johor terkenal dengan durian kampung dan varieti XO yang berlemak. Musim puncak biasanya dari Mei hingga Ogos. Pilihan penginapan di sini cukup pelbagai, daripada rumah tetamu mesra alam hingga vila mewah.
Durian Guesthouse, Kulai: Rumah tetamu mesra alam yang diuruskan oleh keluarga tempatan. Sarapan disediakan daripada hasil tanaman sendiri, termasuk durian jika anda mahu! Kawasan kebunnya seluas 7,000 kaki persegi, sesuai untuk bersantai dan menikmati suasana desa.
Durian Guesthouse, Kulai
Durian Guesthouse, KulaiVila Eksklusif di Johor Bahru:
Starlight Villa, Kolam renang peribadi, kemudahan karaoke, dan ruang BBQ.
Starlight VillaThe Holiday Villa: Luas lebih 5,000 kaki persegi, lengkap dengan meja pool, gelanggang badminton, dan taman untuk majlis santai. Sesuai untuk sehingga 16 tetamu.
The Holiday VillaMELAKA – Bersantai Dalam Kebun Durian
Bagi yang ingin merasai suasana tenang di Melaka sambil menikmati durian segar antara Jun hingga Ogos, pilihan ini mungkin sesuai:
Little Bud Cottage: Terletak di tengah kebun durian, penginapan ini menawarkan suasana desa yang nyaman. Anda boleh berjalan di bawah pokok durian dan merasai buah segar yang baru gugur semasa musim puncak.
Little Bud CottageTip: Tempah awal kerana musim durian tidak lama. Dengan pilihan Airbnb ini, anda boleh menikmati pakej lengkap, makan, berehat, dan merasai suasana sebenar musim durian.

3 months ago
117

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)



































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)
