Mulai 1 Ogos 2025 yang lalu, Samsung rasmi bawa masuk Galaxy Z Fold7 dan Galaxy Z Flip7 ke Malaysia. Tahun ni, Samsung tak main-main , AI makin pintar, kamera makin gempak, skrin cover lebih berguna. Jelas yang Samsung masih pegang takhta dunia telefon lipat.
AI Bukan Sekadar Gimik

Z Flip7 hadir dengan FlexWindow 4.1” yang bukan sekadar tunjuk jam, ia dah sokong Gemini Live. Bayangkan boleh tanya AI pasal itinerari, reminder, atau info travel tanpa perlu buka telefon. Z Fold7 pula guna skrin utama 8.0” untuk feature macam Circle to Search dan AI Results View yang mudahkan multitasking. Semua ini dikuasakan Snapdragon 8 Elite for Galaxy dengan NPU 41% lebih laju . AI terus jalan on-device, tak tunggu internet.
Kamera Boleh Lawan DSLR

Z Fold7 bawa kamera 200MP pro-grade lengkap dengan AI tools macam Generative Edit dan Audio Eraser. Skrin besar membolehkan korang compare before-after edit side-by-side. Z Flip7 pula jadi king swafoto dengan kamera 50MP ultra-wide + preview terus di FlexWindow. Ada Zoom Slider, Real-Time Filters, dan Enhanced Nightography untuk shot malam yang lawa.
Produktiviti Dalam Poket
Z Fold7 ibarat laptop mini, boleh drag & drop file antara apps, buat kerja split-screen, dan tukar antara suara, teks, atau visual dengan One UI 8. Z Flip7 pun tak kalah, bateri 4,300mAh dan kali pertama bawa Samsung DeX ke model Flip. Sekarang, buka skrin besar mana-mana dan terus kerja.
Galaxy Watch8, Partner Kesihatan

Dilancar sekali, Galaxy Watch8 ialah smartwatch Samsung paling nipis (11% lebih nipis). Ada feature kesihatan baru macam Antioxidant Index dan Vascular Load, plus AI untuk panduan tidur, stress, dan senaman. Malah, Gemini kini built-in dalam Wear OS, jadi boleh minta jam tolong set reminder atau cari kafe.
Promosi Pelancaran Sampai 31 Ogos 2025
Beli Z Series terbaru, nikmati rebat & promosi sehingga RM2,209 termasuk Samsung Care+, baucar tunai, dan tawaran trade-in.

Harga Bermula
- Galaxy Z Fold7: dari RM7,799 (12GB+256GB)
- Galaxy Z Flip7: dari RM4,999 (12GB+256GB)
- Galaxy Z Flip7 FE: dari RM3,999 (8GB+128GB)
- Galaxy Watch8: dari RM1,299
- Galaxy Watch Ultra (2025): RM3,399
Samsung nampak jelas sama ada korang geng skrin besar Fold atau geng compact Flip, dua-dua dibina untuk hidup moden, pintar, fleksibel, dan terus ke depan.

3 months ago
127

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)



































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)
