Info untuk peminat, King of Bollywood iaitu Shah Rukh Khan kini sedang sibuk menjalani penggambaran untuk filem ‘King’ yang dinanti-nantikan semua orang. Apabila mengetahui Shah Rukh sedang sibuk menjalani penggambaran, ramai peminat tidak sabar menanti setiap update mengenai filem ini.
Dan yang terbaru, Shah Rukh menjadi tular selepas beberapa gambarnya, terutamanya yang mengenakan sut hitam penuh sambil mengacukan pistol telah membuatkan peminat cair.
Foto – @Here4Chilll (X) / @Ruhi_SRKGIRL (X)Lebih kacak dalam sut hitam penuh dan lengkap berkaca mata hitam, Shah Rukh seperti berada dalam pose yang sedia untuk melakukan adegan aksi.
Gambar yang dimuat naik secara senyap ini telah membuatkan peminat teruja untuk melihat hasil filem ‘King’ ini tidak lama lagi.
Foto – @KINGmovieIn2025 (X)Sebelum ini, aktres Deepika Padukone ada berkongsi sebuah gambar pegangan tangan di Instagram. Kongsiannya itu telah mengesahkan bahawa dia akan menjadi sebahagian daripada barisan pelakon ‘King’.
“Pengajaran pertama yang dia ajarkan kepada saya hampir 18 tahun lalu semasa penggambaran Om Shanti Om ialah pengalaman membuat filem, dan orang yang anda buat bersamanya, lebih penting daripada kejayaannya.
Saya tidak boleh bersetuju lagi dan telah menggunakan pembelajaran itu pada setiap keputusan yang saya buat sejak itu. Dan mungkin itulah sebabnya kami kembali membuat filem ke-6 kami bersama-sama?”
Foto – @SRKUnited_ (X)Beberapa hari yang lepas, gambar anak perempuan Shah Rukh iaitu Suhana Khan telah tular. Dalam gambar tersebut, Suhana telah mengenakan tank top coklat dan seluar kargo, yang memberi gambaran bahawa dia terlibat dalam adegan aksi.
Untuk rekod, filem ‘King’ menampilkan barisan pelakon hebat termasuklah Abhishek Bachchan, Deepika Padukone, Rani Mukerji, Jaideep Ahlawat, Arshad Warsi hingga Saurabh Shukla. Filem ini juga dibintangi anak perempuan Shah Rukh iaitu Suhana Khan, yang telah menjadi tanda kerjasama pertama antara dua beranak itu.

1 month ago
95

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)


![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)