Aktres Bollywood dan juga ahli parlimen, Kangana Ranaut, mendakwa bahawa seorang pegawai keselamatan CISF (Pasukan Keselamatan Perindustrian Pusat) di Lapangan Terbang Chandigarh menamparnya ketika dia dalam perjalanan ke Delhi.
Menurut Kangana, ketika dia menuju ke tempat menaiki pesawat selepas pemeriksaan keselamatan, seorang pegawai wanita CISF yang dikenali sebagai Kulwinder Kaur, dikatakan telah bertengkar dan menamparnya.
Menurut sumber, Insiden ini berlaku selepas Kangana mengeluarkan kenyataan kontroversi mengenai wanita di Punjab, semasa pergolakan petani berlaku, dipercayai menjadi provokasi di sebalik dakwaan tamparan itu.
Selepas menampar Kangana, Kulwinder dikatakan menuduh aktres itu “tidak menghormati petani”, merujuk kepada bantahan selama 15 bulan oleh petani terhadap undang-undang ladang (yang kini telah dibatalkan) dan isu lain termasuk jaminan undang-undang harga sokongan minimum pada 2020-21.
Beberapa rakaman menunjukkan Kangana diiringi sekumpulan CISF ke arah daftar masuk keselamatan. Manakala konstabel Kulwinder Kaur pula digantung kerja berkuat kuasa serta-merta susulan kejadian itu. Laporan maklumat pertama (FIR) telah difailkan terhadapnya.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.